Rayuan Ke tingkatan Enam - Jun 2011

Rayuan Ke tingkatan Enam – Jun 2011

by fiziesss on May 15, 2011

Masih ramai yang bertanya tentang rayuan ke tingkatan enam, Oleh itu maklumat rayuan ke tingkatan enam 2011 disediakan seperti berikut :

  • Cara membuat rayuan boleh didapati semasa menyemak kemasukan ke tingkatan enam ( Semak )
  • Ketika membuat semakan sekiranya anda gagal ditawarkan, seharusnya keputusan online itu ada penerangan tentang rayuan tingkatan enam dan cara membuat rayuan.
  • Cara membuat rayuan yang dinyatakan ialah seperti dengan terlebih dahulu muat turun borang rayuan tingkatan enam ( klik sini )
  • Anda dikehendaki mengisi borang yang diberi dan tindakan yang perlu anda ambil ialah seperti panduan mengisi borang dibawah :

Panduan Mengisi Borang Rayuan Tingkatan Enam

1. Borang T6BKK ini adalah untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Bawah.

2. Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Keputusan peperiksaan SPM 2010
  • Sijil kelahiran,
  • Kad pengenalan/pasport; dan
  • Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.

3. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada pengetua sekolah asal murid.  Pengetua  sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 Jun 2011.  Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

5. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Lulus dalam peperiksaan SPM 2010 dengan memperolehi pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
  • Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain
  • Tidak melebihi had umur yang  ditetapkan iaitu tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang 17 tahun pada 1.1. 2011; dan
  • Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua Sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik.

6. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.

7. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri kepada semua calon.

8. Borang permohonan yang tidak diisi dengan lengkap akan ditolak.

Harap Membantu, Selamat mencuba

 

 



PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

{ 14 comments… read them below or add one }

naem May 29, 2012 at 11:04 am

salam.. saya dah isi borang permohonan dan telah dihantar di ppd 18 mei lalu. bilakah tarikh keputusan permohonan dikeluarkan?

Reply

azri April 24, 2012 at 8:59 pm

Saya ditawarkan untuk masuk t6 jurusan kemanusiaan tapi saya nak tukar jurusan ke science boleh tak walaupon keputusan spm subject fizik,kimia,addmath kurang bagus?

Reply

QStaff1 April 27, 2012 at 8:56 pm

Tak boleh..pemilihan tu berdasarkan keputusan..

Reply

fakhira March 26, 2012 at 6:30 pm

salam…
macam mana saya nak membuat rayuan ke tingkatan 6 bagi sesi 2012?
n boleh ke saya memohon sendiri untuk ke tingkatan 6.?

Reply

aina January 8, 2012 at 3:51 pm

ermm selalunya f6 kita dapat tawaran atau kena isi borang kemasukan?
selalunya subjek apa yg perlu belajar utk aliran sains dan kmanusiaan?
syarat khas? dah cari tapi tak fhm sgt. thanks! ~lepasan spm~

Reply

fiziesss January 9, 2012 at 1:34 pm

Biasanya sekolah asal akan keluarkan senarai berjaya ke tingkatan 6 nanti.
Kebiasaanya BM, Pengajian AM, Goe/Sej, Ekonomi/ sastera/ seni ( pakej tertakhluk pada ketetapan pihak sekolah )
Syarat khas? huhu..setakat ni saya pun dah lupa..tapi kena kredit BM dan 2 mata pelajaran lain..kalau tak silap saya 3 tertinggi tu jumlah dia tak lebih 12.. apa2 pun saya akan update nanti pasal tingkatan 6 ni..

Reply

faiz January 8, 2012 at 12:54 pm

salam..
saya ni pelajar UiTM semester satu.. diploma perancangan bandar dan wilayah. sebelum ini saya memasuki tingkatan 6. sejak akhir2 ni saya berasakan yang saya tidak dapat mengikuti kursus yang saya ambil ini dengan baik dan saya rasa saya ingin untuk kembali ke tingkatan 6. soalan saya, adakah boleh sekiranya saya ingin kembali ke tingkatan 6?

Reply

fiziesss January 9, 2012 at 1:38 pm

Salam..
susah nak cakap, memang susah nak kembali semula ke tingkatan 6. lebih2 lagi jika dah lama masuk ke politeknik. Cubalah teruskan pengajian, janganlah putus asa..:)apa2 pun didunia ni semua akan berjaya dan punyai peluang pekerjaan. asalkan keputusan OK.

Reply

aziz June 17, 2011 at 2:13 pm

:duck: boleh ke nak daftar ting 6 walaupun sudah lewat dripde tarikh mendaftar ?

Reply

fiziesss June 19, 2011 at 7:36 am

Boleh…cuma bergantung pada sesetengah sekolah je…sbb kdg2 pelajar mengalami masalah tentukan tempat pengajian..tapi kne cari sekolah yg ada kekosongan…cuba ke sekolah..jumpa guru penyelaras tingkatan 6..

Reply

zaf93 May 31, 2011 at 11:11 am

saya dapat tawaran ke tingkatan 6 dalam bidang kemanusian.tarikh daftar pada 9 mei 2011…tapi disebabkan ada masalah tertentu..saya tak hadir mase hari pendaftaran..kalau saya daftar lepas cuti sekolah boleh lagi ke??

Reply

fiziesss June 4, 2011 at 7:24 am

Boleh…tapi ia bergantung pada pengurusan dan kekosongan..cubalah zaf tanya di sekolah yer..harap2 dapat..tapi, jgn bimbang yer..

Reply

Hasrizam May 22, 2011 at 8:42 pm

cara mengisi borang rayuan tingkatan 6 2011…
mcm mna…?? ?:-)

Reply

fiziesss May 23, 2011 at 8:39 pm

Cuba Hasrizam semak kat helaian akhir sekali..ada dinyatakan arahan..

Reply

Leave a Comment

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.
*

Previous post:

Next post: