Rayuan Permohonan UPU 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Rayuan Permohonan UPU 2012 1
Rayuan

Untuk hari ini ingin dikongsi bagaimana untuk membuat rayuan sekiranya anda gagal diterima ke IPTA melalui permohonan UPU 2012. Rayuan permohonan UPU ini sebenarnya boleh dibuat juga melalui sistem semakan yang disediakan. Info ini sebenarnya adalah menjawab kepada beberapa pertanyaan pelawat berkaitan bagaimana untuk membuat rayuan untuk permohonan UPU.

 Salam cikgu, mcm mana nak buat rayuan UPU? Sy dah tengok tapi xde pun, mohon cikgu tolong tunjukkan. Sy dari SPM nak mohon university. Harap sangat dapat reply.

 Cara membuat rayuan UPU 2012

Sebenarnya untuk membuat rayuan tidak lah begitu sukar, kalau dulu siap kena tulis surat dan hantar melalui pos. Tapi kini hanya perlu isi borang secara online sahaja. Mungkin sedikit info cara rayuan dibawah dapat membantu :

Info Tambahan :  Tingkatan Enam: Subjek, Mod dan Tips Berjaya 2023

Rayuan ke IPTA ( Lepasan SPM/Setaraf )

  1. Sila ke Aplikasi Rayuan UPU SINI
  2. Di paparan jenis permohonan – Pilih Rayuan Kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier
  3. Di kotak Program Pengajian – Pilih Lepasan SPM/ Setaraf
  4. Klik pada butang MASUK
  5. Diatas pada Maklumat Penting itu ada butang kuning tertulis Permohonan, klik pada butang tersebut untuk membuat rayuan dan mengisi untuk selanjutnya.

Untuk pengetahuan rayuan hanya dibuka kepada yang telah membuat permohonan sebelum ini dan gagal diterima, rayuan dibuka mulai 7 Mei 2012 jam 12.00 tengah hari sehingga 18 Mei 2012.

Cara yang hampir sama jika hendak membuat rayuan untuk Politeknik Premier. Bagi rayuan ke TEVT-Politeknik dan ILKA rayuan hendaklah dibuat kepada institusi / Agensi TEVT dan ILKA yang dimohon dalam tempoh 14 hari selepas keputusan diumumkan sebelum ini.

Info Tambahan :  FlySISWA 2023: Bantuan Penerbangan Pelajar Semenanjung-Borneo

Semoga sedikit maklumat bekenaan cara membuat rayuan UPU 2012 ini membantu. Selamat merayu…

4 thoughts on “Rayuan Permohonan UPU 2012

  1. Selamat petang tuan,

    Saya Devisree A/P Munusamy telah membuat permohonan kemasukkan ke IPTA dalam jurusan perakaunan lepasan Politeknik tetapi permohonan saya tidak berjaya.
    Saya sangat berminat untuk menjadi akauntan sejak kecil di samping itu saya membantu ayah dalam membuat akaun perniagaan ayah saya.Saya berharap tuan dapat bantu saya untuk melanjutkan pelajaran saya dalam peringkat ijazah urusan perakaunan.

  2. Assalamualaikum cikgu,
    saya nih lepasan diploma politeknik…saya ada memohon untuk melanjutkan pelajaran dlm peringkat ijazah sarjana muda…tp saya tidak dapat untuk mengikuti program ijazah pendidikan untuk pilihan 1 dan 2 tersebut…adakah rayuan akan dibuka selepas keputusan permohan an ke ipta diumumkan pada bulan julai nanti…

  3. Assalamualaikum cikgu,
    saya dah cuba berulang kali untuk membuat rayuan itu..
    tapi tak boleh..
    katanya maklumat saya tiada dalam sistem..berulang kali saya cuba..tapi tak boleh..apa yang perlu saya buat..sedangkan saya dah daftar..dan saya cume mndapat politeknik atas jurusan yang saya tidak minta..jadi saya ingin membuat rayuan untuk ke U..apa harus saya buat?saya harap cikgu dapat bantu saya..

Leave a Reply to DEVISREE A/P MUNUSAMY Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *