Rayuan UPU STPM 2017 dan Masalah Pilihan 3 dan 4

2
30
Rayuan UPU STPM
Rayuan UPU STPM

Keputusan UPU lepasan STPM telah mula boleh disemak, serentak dari itu juga rayuan UPU STPM untuk tahun 2017 juga dibuka untuk memberi kemudahan kepada calon yang tidak berjaya ditawarkan di sebarang tempat. Rayuan UPU lepasan STPM ini dipermudahkan dengan calon boleh membuat permohonan terus melalui online yang disediakan.

Permohonan Rayuan UPU STPM 2017

Permohonan rayuan UPU boleh dibuat dengan terus ke aplikasi rayuan yang telah disediakan :

  • Permohonan Rayuan Universiti Awam https://online.mohe.gov.my/upu/UPUOnline_rayuan/
  • Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan
  • Pastikan anda update nama ibu/ bapa serta kad pengenalan
  • Anda akan diberi peluang memilih 4 pilihan kursus lain dari pilihan sebelumnya.
  • Kursus yang dipaparkan adalah kursus yang anda layak dan mempunyai kekosongan
Baca Juga :  Permohonan Polis Bantuan Petronas Lelaki dan Wanita

Permohonan Rayuan UPU Lepasan STPM 2017 ini akan ditutup pada 7 OGOS 2017

Keputusan rayuan 2 pada:

12 SEPTEMBER 2017, Keputusan adalah muktamad dan proses rayuan telah ditutup.

Masalah Pilihan 3 dan 4

Sebelum ini kami ada menerima banyak email dan komen yang bertanya tentang masalah pilihan 3 dan 4 semasa ingin membuat rayuan. Setelah meneliti dan mendapatkan maklumat dariĀ  page UPU memang ramai calon yang ingin membuat rayuan menghadapi masalah sama .

Masalah timbul apabila ingin memilih 4 pilihan kursus untuk rayuan, pilihan 1 dan 2 boleh dipilih kerana mempunyai senarai universiti serta kursus yanag ditawarkan. Sebaliknya berlaku pada pilihan 3 dan 4 apabila tidak ada pilihan yang disediakan. Calon rayuan tidak boleh ke langkah seterusnya atau menghantar rayuan kerana syarat menghantar rayuan mestilah mempunyai kesemua pilihan iaitu pilihan 1-4.

Baca Juga :  Kemaskini Permohonan UPU Online Lepasan ASASI UITM/ PASUM/ MATRIKULASI KPM

Banyak pertanyaan di page rasmi UPU

Hasil tinjauan kami menunjukkan ramai calon yang menghadapi masalah tersebut :

Rayuan UPU STPM
Rayuan UPU STPM

Ada yang memberi respon boleh hantar walaupun tidak mengisi pilihan 3 dan 4, ada juga calon rayuan yang telah menghubungi pihak UPU tetapi tidak dibalas.

Kami juga cuba menghubungi pihak UPU melalui talian hotline tetapi talian sibuk dan hanya operator sahaja yang kedengaran meminta kami untuk menunggu. 5 minit menunggu dan panggilan tepaksa diputuskan.

Bagaimana mengatasinya?

Soalan ini kerap ditanya, masalah ini kemungkinan melibatkan masalah srver atau teknikal aplikasi web. Pengguna boleh cuba menggunakan platform browser lain dan cuba untuk berulangkali mencuba. Hal ini penting bagi mengelakkan ketinggalan dan tarikh permohonan rayuan ditutup.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

2 COMMENTS

  1. Saya telah mengisi prmohonan upu mengikut kesesuaian keputusan stpm saya dan sya juga mengisi upu merujuk pilihan yg layak dipohon melalui portal yg upu buat. course yg saya pilih juga bukan course yg sukar untuk tidak di terima.. hnya course yg biasa.. result sya juga tidaklah begitu rendah. 2.85 . rakan yg mempunyai merit n result yg lebih rendah dapat masuk u.. berilah peluang kepada anak2 yg benar2 ingin berjaya n brbakti kpd org tua ini. buat lah keputusan yg teliti seadilnya. soal sever down tu tlg la fix. tgl sehari lg. rayuan ini juga mnntukan masa depan kami

  2. saya memohon pertolongan dari pihak upu avar menangani masalah ini. jika masalah seber , kai tidal mampu berbuat apa walaupun kerap kali mengemaskini. still x dpt pilihan 3 dan 4. sya merayu krna ini mnentukan masa depan anak2 yg benar2 ingin berjaya.

Apa Komen Anda :