Review : Pendapatan Sampingan, Kerja Dirumah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kami ada menerima pertanyaan daripada pelawat kami bekenaan iklan Pekerja di Rumah Di Perlukan “ yang mana tertulis gaji sehingga RM 1300 – RM 3400 sebulan.

“ Salam xpresi, betul ke iklan kerja sambilan dirumah tu? Bimbang takut ia hanya skim atau penipuan ? “

Menjawab pada pertanyaan itu, pihak kami telah cuba selidiki bekenaan tawaran perkhidmatan kerja tersebut :

Kronologi Pembelian

Pembelian dibuat dengan staff kami membayar RM 80 ke nombor akaun yang diberi. Setelah selesai proses daftar dan membayar seperti yang di tunjukkan DISINI, kami menunggu hampir 5 jam sebelum ada respon dari pihak mereka. Setelah itu, staff kami yang membeli tersebut mendapat pemberitahuan dalam emailnya bahawa pembelian telah diluluskan dan diberikan username dan password untuk mengakses system cari pekerjaan yang dijanjikan.

Senarai Pekerjaan

Dalam sistem memang banyak kerja kosong seperti yang dijanjikan kerja-kerja yang ada seperti :

  • Data Entry/Online Research = data yang banyak dimasukkan atau dirumuskan atau pembantu kajian ( upah dibayar USD 30 – 250 )
  • Typing Data Entry Research = menaip semula data secara tersusun (upah dibayar USD 50 – 100 )
  • Copy typing = diberikan maklumat dalam bentuk gambar atau pdf kita dikehendaki menyalin semula dalam mirosoft word. Atau diberikan resit yang banyak kita dikehendaki menyalin semula maklumat dalam resit secara tersusun. (upah dibayar  USD 250-750 )
  • Desk Support = Membalas email-email pertanyaan (upah dibayar  USD 30 – 250 )
  • Jumlah pekerjaan yang ditawarkan lebih dari 200 pekerjaan ( ketika ini 26/3/ 2017 )
Info Tambahan :  Temuduga Kerja 2023: Bagaimana untuk Bersedia?

Semua pekerjaan yang dimohon adalah percuma, kecuali RM 80 dibayar sekali seumur hidup untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan mereka menyenarai dan memberikan panduan untuk mencari kerja sambilan/sepenuh masa.

Jika berminat, pencari kerja perlu memohon mengikut cara yang diajar oleh syarikat tersebut. Untuk dapat kerja yang diminta pendapat kami agak sukar jika tidak mengikut cara yang diajar. Apabila diluluskan pekerja akan dibayar menerusi paypal atau bank transfer. Duit yang dibayar adalah dalam USD iaitu perlu didarab dengan 4.5 . Maksudnya jika upah yang diberikan USD 100 maka jika di tukar menjadi RM 450.

Nasihat kami

Pendapat kami perkara tersebut perlu diambil perhatian sebelum membeli perkhidmtan Kerja sambilan dirumah ini :

  1. Pastikan anda tahu Bahasa inggeris ( Kebanyakan kerja kesemuanya dalam bahasa inggeris, kecuali  kerja menaip semula sahaja tidak memerlukan penguasaan bahasa inggeris )
  2.  Rajin ( mesti kena rajin sebab kadangkala banyak kerja yang diberikan )
  3. Perlu ada masa lebih ( perlu ada masa sekurang-kurangnya 1 jam tanpa gangguan dirumah )
  4. Seperti iklan dikatakan gaji RM 1300 – RM 3400 sebulan, kami rasa tidaklah jumlahnya sebegitu, ia bergantung pada usaha masing-masing. Jika malas mungkin nak dapat USD 50 pun susah, jika rajin mugkin lebih dari USD 1000 sebulan.
  5. Pastikan anda tahu kemahiran-kemahiran asas komputer (seperti  kemahiran menaip, muat turun, Microsoft word dan lain-lain )
Info Tambahan :  15 Kerja Part Time Dari Rumah

Kelemahan

  1. Kena mohon kerja yang disenaraikan ( kadangkala kerja yang dimohon akan ditolak, pemohon perlu memohon banyak kerja supaya antara pemohonan tersebut ada yang diluluskan.
  2. Kemungkinan tidak dibayar upah ( Oleh kerana upah dibayar oleh individu atau syarikat lain, kemungkinan tidak dibayar akan ada, namun demikian panduan juga disediakan untuk mengenalpasti individu atau syarikat yang boleh dipercayai berdasarkan rekod urusniaga sebelumnya )

Kelebihan

  1. Upah yang tinggi kerana dibayar dalam USD iaitu 4.5 kali ganda duit Malaysia
  2. Ada banyak peluang /upah bekerja, selain itu individu atau syarikat yang telah mengupah sebelum ini akan berterusan mempercayai kita dan sentiasa ingin mengupah kita membuat kerja-kerjanya.

Profil Syarikat Penganjur

Hasil dari pemerhatian kami, maklumat-maklumat penting berikut telah kami perolehi :

  • Di daftarkan dengan SSM atas nama Kliks Solution pada 30/4/2008 di Kuala Lumpur.
Perkara Maklumat
Nama Perniagaan Kliks Solution
No Pendaftaran (SSM: 001762546-A)
Alamat 18-2A, Jalan Pandan Indah 4/33, 55100 K.Lumpur, MY.
Pengasas Fadil Abdullah – Kuala Lumpur
Pengasas Bersama Halim Hussain – Cyberjaya
email teknikal jdrv3(@)jobdirumah.com
Tarikh domain dibuat 19/ 5 / 2011
Tarikh Domain Tamat 19/ 5/ 2022 ( Sumber : https://www.whois.net/ )
Cara memohon Klik Sini Untuk memohon dan maklumat lanjut
Harga Perkhidmatan RM 80 / seumur hidup

Kesimpulan

Daripada kami, keputusan untuk membeli atau medapatkan perkhidmatan mereka bergantung pada pilihan anda sendiri. Sebelum membuat apa-apa keputusan, perlulah fikir dan menilai dengan sebaiknya, untuk mendapatkan pendapatan di dunia kini bukanlah senang melainkan mereka yang rajin dan komited dengan usahanya.

16 thoughts on “Review : Pendapatan Sampingan, Kerja Dirumah

  1. salam. saya dah join JDR ni. dah bid beberapa task. tapi ada masalah dgn proof payment dgn payment earned semua tu. mcm mana ye? pasal link pdgn paypal. lagi 1, pasal video, ada tak video cara cara buat kerja2 seperti data entry? saya cuba search dlm JDR tp tak jumpa.

  2. Hai. Saya dah buat payment rm50 tu. So panduan yang disebutkan itu adalah yang ada dalam web tu ke? Or it will be different thing from email?

    1. kalau ikut pengalaman sy guna servis ni, kat web tu utk view kerja2 yg offer.. yag di email ada diberitahu panduan tu.. apa2 pun cuba hubungi pihak kliksollution melalui email nya.

        1. cuba tengok video yg dibekalkan klik sollution tu.. rasanya dah lengkap.. sepatutnya dah ada pilihan kerja2 yg ada dalam paparan utama.. ap[a2pun cuba hantar soalan kat group support syarikat tu. Pengalaman sebelum ni diorg akan reply setiap pertanyaan.

    1. Sebenarnya ada dalam panduan yang disediakan tu.. tapi biasanya mula2 ni kita jangan demand sangat.. cari je yg murah2 upahnya.. nanti profile kepercayaan kita akan meningkat.. bila dah meningkat org akan mula percaya dan minta kita buat kerja mereka.. kalau dah biasa dan servis baik xperlu kita cari kerja.. org pulak yg hubungi kita… apa2 pun cuba rujuk panduan yg disediakan..

  3. salam , betol ka benda ni ? saya nak daftar tapi takur terkena lagi .. setakat ini sampai bulan july ni , dah dapat berapa yaa .. ? kalau betul dibayar dan boleh dapat bayaran .. saya nak daftar .. untuk bantu keluarga saya ..
    selalu ke duit masuk ..
    kalau boleh reply di web ye
    saya perlukan .. skongan awk

    1. Salam, untuk iklan tu soal halal haram bukanlah kami boleh tentukan. Hanya mereka yg lebih arif boleh tetapkan..tapi bagi kami bayaran yang diterima ialah hasil kerja menaip, memasukkan data, kerja-kerja pengkeranian yang kita lakukan.. apa yang ditaip juga kita boleh buat keputusan, jika menaip perkara lucah atau negatif tidak perlulah dibuat.. tapi bagi kami setakat ini tidak ada yang negatif ditaip atau dibuat disana..kami pasti saudara dapat jawapannya.

  4. sya ada join jugak kerja ni…buat masa ni xdpt lg job…yela bru lg…tp jd agen affilate die untung jugak..alhamdullilah stp bulan ada je income masuk…walaupun xbyk RM20/komisen…tp ok la kn…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *