Ronda Di Pasar Sayur Kudat

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pagi-pagi ni seronok kalau pergi pasar, kalau bangun pagi..orang tua-tua cakap murah rezeki, sekali fikir betul juga sebab bila bangun pagi, awal buka kedai atau awal menanam tumbuhan maka betul lah murah rezeki, sebab kita dulu yang memulakan usaha berbanding mereka yang masih lagi tidur.

Ronda Di Pasar Sayur Kudat 1
Buah-buahan pun ada..jual..jual..

Tapi pagi ini bukan nak cerita macam mana nak dapat rezeki lebih, tapi pagi ni nak bawa sahabat-sahabat semua meronda di Pasar Sayur Kudat Sabah. Sebenarnya susah juga nak klasifikasi apakah nama pasar ni. Nak kata pasar besar tak juga sebab tak semua barang ada dalam tu. Hal ini kerana pasar ikan kudat pula berada bersebelahannya dan perlu melintas jalan.Ronda Di Pasar Sayur Kudat 2

Pasar ini letaknya di tengah pekan Kudat, ia berhampiran dengan pusat beli belah Millimewa, pasar ikan kudat dan Stesen Minyak Petronas. Apa yang dijual disini? susah nak listkan ni..kat sini ada jual sayur, buah, ikan kering, barang-barang runcit, kuih. Kebiasaannya ramai orang akan datang pada awal pagi iaiatu sekitar pukul 7-9pagi setiap hari.

Ronda Di Pasar Sayur Kudat 3
Tempat jual ikan kering..baunya..fuh..mcm ikan kering la…xkan macam sayur plak..

Ronda Di Pasar Sayur Kudat 4

Pada adik-adik atau kakak dan abang yang rindukan kampung halaman terutama yang belajar atau tinggal jauh dari sini harap berpuashati kerana dapat melihat gambar terkini tempat anda ini.

Ronda Di Pasar Sayur Kudat 5
Pandangan depan

Ronda Di Pasar Sayur Kudat 6

Sedikit Info

Nama tempat : Pasar Sayur Kudat
Lokasi : Kudat Sabah
Bayaran Masuk : Tiada
Waktu Dibuka : 6.30pagi -5.30petang
Kategori : Kawasan beli belah barangan pasar seperti barangan basah, buahan, barangan runcit
Kemudahan/kelebihan : Banyak pilihan, ikan kering
Suhu : Sederhana Panas

Penginapan dicadangkan :


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *