Rumusan : Sumbangan ke Universiti 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Assalamualaikum, terima kasih kerana menghubungi kami untuk memperkenalkan diri memohon sumbangan ke Universiti lepasan STPM/ setaraf 2014 baru-baru ini. Untuk pengetahuan, tarikh tutup permohonan sumbangan ke Universiti kami telah ditutup. Ketika ini pihak kami telah membuat saringan penerima dan sedang menghubungi penerima-penerima sumbangan dari dana kami.

Kecewa

Sebenarnya pihak kami amat terkilan dan sedih.. sebab ramai yang memohon, dan dana kami tidak mencukupi untuk meluluskan dan mengembirakan semua pemohon. Oleh sebab itu permohonan kali ini ada 8 orang yang kami tidak dapat luluskan kerana kehabisan peruntukan dana. Selain itu juga jumlah wang peruntukan sumbangan seorang juga terpaksa dikurangkan demi melayakkan lebih ramai penerima sumbangan.

Sekiranya anda dihubungi melalui telefon oleh staff atau admin kami bermakna anda adalah berjaya. Bagi yang tidak berjaya anda tidak akan menerima sebarang reply dari kami.

Berusaha

Kami akan terus berusaha mencari dana kebajikan untuk pelawat kami dan ahli FB kami. Suatu hari nanti ramai individu susah dapat kami bantu demi kesejahteraan bersama.

Ada juga kami menerima permohonan dari bukan islam dan bukan anak yatim, untuk kali ini kami lebih tertumpu kepada anak yatim kerana ia adalah sumbangan ibadah seorang Hamba Allah dikhususkan kepada anak yatim. Untuk yang lain, kami juga masa akan datang akan menawarkan kelebihan/ hadiah kepada bukan islam atau lain. Ia mengikut peruntukan dan tujuan penyumbang kami nanti.

Teruskan bersama xpresi.org , ada banyak lagi perancangan dan kelebihan lain apabila menjadi salah satu dari warga kami. Sekian terima kasih.

8 thoughts on “Rumusan : Sumbangan ke Universiti 2014

Leave a Reply to Suriani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *