SAPS Ibu Bapa Kedudukan Kelas

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cara semak Kedudukan kelas SAPS, Beberapa Ibu Bapa yang datang bertanyakan kedudukan kelas anaknya. Sebenarnya ia boleh disemak online di SAPS Ibu Bapa Kedudukan Kelas. Segalanya ada dihujung jari apabila ibu bapa boleh membuat semakan prestasi ujian/peperiksaan anaknya dan juga boleh mengetahui kedudukan dalam kelas.

Bukan ibu bapa sahaja yang mendapat manfaat ini, pelajar sendiri juga boleh melihat prestasi serta kedudukan dalam kelas melalui sistem online SAPS ini. Masih ramai belum mengetahui bagaimana membuat semakan prestasi dan kedudukan kelas dalam SAPS ini.

Untuk pengetahuan, dalam laman rasmi SAPS anda perlu memilih butang “ semakan Ibu Bapa “ rujuk gambar dibawah.

Info Tambahan :  3 Bidang Industri Kreatif: Seni, Rekaan, dan Hiburan
SAPS Ibu Bapa
SAPS Ibu Bapa

Bagaimana untuk membuat semakan SAPS Ibu Bapa

Anda perlu ke aplikasi SAPS ibu bapa : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Masukkan no kad pengenalan/ sijil lahir, tahun pengajian yang anda ingin lihat, jenis sekolah dan kod pengesahan. Setelah semuanya lengkap anda boleh klik “ Semak “ Rujuk Gambar dibawah.

SAPS Ibu Bapa
Lengkapkan ID pelajar

Paparan maklumat pelajar mengikut no id tadi dipaparkan, anda boleh memilih samaada ingin melihat slip keputusan ataupun markah peperiksaan.

SAPS Ibu Bapa
Pilih Paparan Yang anda mahukan

Kandungan slip keputusan SAPS

SAPS Ibu Bapa
Slip Keputusan Penuh

Slip keputusan ini boleh di print, data slip keputusan ini terdiri dari :

  • Bilangan Mata Pelajaran Daftar
  • Kedudukan Kelas
  • Kedudukan dalam tingkatan
  • Kehadiran
  • Pencapaian gred keseluruhan
  • Jumlah Markah
  • Peratus
  • Gred Purata pelajar
  • Keputusan

Ia juga disertakan sekali Nama guru kelas dan ulasan guru kelas untuk makluman ibu bapa.

Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Papar Markah Peperiksaan SAPS

SAPS Ibu Bapa
Markah untuk setiap subjek diambil

Untuk paparan markah peperiksaan pula, ia memaparkan markah setiap subjek yang diambil oleh pelajar. Daripada paparan ini, ibu bapa dapat mengetahui  kelemahan dan kelebihan subjek yang dikuasai oleh anaknya. Pengetahuan ini boleh membantu pelajar memberi fokus lebih kepada subjek yang lemah.

Paparan yang ada sebenarnya memberikan lebih akses kepada ibu bapa kerana slip keputusan yang dipaparkan sebenarnya boleh di print jika ibu bapa mempunyai mesin cetak sendiri di rumah. Marakah anak juga boleh di cetak untuk diberi perhatian lebih. Kebiasannya ibu bapa akan dipanggil ke sekolah untuk mengambil slip disampaing memberi ruang untuk guru bertemu ibu bapa membincangkan perihal anak mereka termasuk, pencapaian akademik, tingkahlaku, dan isu-isu penting demi kebaikan anak didik mereka.

One thought on “SAPS Ibu Bapa Kedudukan Kelas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *