Sebaran Jawatan Kosong dan Maklumat Pekerjaan

Berkaitan jawatan kosong ini rupanya lama kami tinggalkan. Sebenarnya sebaran jawatan kosong ini memang bermanfaat kepada ramai orang, terutama sekarang ini memang sukar mencari pekerjaan. Kami terpanggil untuk mengulas berkaitan jawatan kosong ini berikutan email terpilih yang memberikan cadangan untuk xpresi meneruskan sebaran kerja kosong terkini.

sekiranya ada kekosongan jawatan di sector awam dan swasta untuk bekas2 pelajar sekolah , intituisi, university etc adalah sangat diwar2kan bagi peluang kerja dan mengurangkan pengganguran dikalangan mereka – Ainul Adnan

Sebenarnya ini ia adalah cadangan yang baik untuk membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan. Dulu pihak kami telahpun membuat sebaran jawatan kosong ini, tapi ia dihentikan sementara kerana sebaran maklumat-maklumat ringkas dan sementara berkaitan kerja kosong ini boleh mengganggu “ kesihatan “ blog kami.

Baca Juga :  Review : Pendapatan Sampingan, Kerja Dirumah

Setelah perbincangan dan demi memberi pertolongan kepada pelawat kami, kami memutuskan untuk teruskan kembali penyebaran kerja kosong tetapi tidak menerusi post terkini xpresi.org. Post berkaitan kerja kosong ini akan kami keluarkan di fan page rasmi kami xpresi ( Kerja Kosong ). Seorang dari staff kami bersetuju untuk mengambil tugasan tambahan ini iaitu menerbitkan post-post kerja kosong di fan page kami setiap hari.

Walaupun likers ada 19 ribu lebih ketika ini, kelemahan post di fan page facebook kami itu adalah tidak semua likers akan dapat lihat sebaran kerja kosong yang kami lakukan. Jika anda betul-betul minat inginkan maklumat terkini kerja kosong anda perlu mengikut cara yang kami nyatakan dibawah :

Baca Juga :  Review : Pendapatan Sampingan, Kerja Dirumah

Menarik :

Cara/ setting tidak ketinggalan setiap post penting fan page pilihan anda

Cara Follow post terbaru/ Kerja kosong xpresi di fb

Cara Follow post terbaru/ Kerja kosong xpresi di fb

  1. Buka facebook dan pergi ke fan page kami https://www.facebook.com/VIPxpresi
  2. Gerakkan cursor ke butang FOLLOWING ( lihat gambar )
  3. Pilih SEE FIRST ( lihat gambar )

Setelah anda klik butang see first, apabila ada post terkini kami menerusi fan page facebook, anda tidak akan ketinggalan maklumat tersebut dan ianya akan ada di HOME/ news feed  facebook anda.

Baca Juga :  Review : Pendapatan Sampingan, Kerja Dirumah

Anda tidak perlu bimbang sebab setting tersebut memang disyorkan facebook bila anda berhasrat tidak mahu ketinggalan setiap post fan page yang anda minati. Selain itu, setting yang anda lakukan tidak akan menggangu anda dengan pelbagai nortification, sebaliknya ia hanya akan dikeluarkan pada news feed/ home facebook anda sahaja.

Sekiranya anda masih kurang faham bolehlah bertanya terus pada saya ( Hubungi Saya ) jangan lupa tuliskan tajuk “ Follow kerja kosong “. Semoga penyebaran kerja kosong ini terus dapat diusahakan dan anda Berjaya mendapatkan pekerjaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *