Segalanya Bermula Dengan Niat

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Maksud hadis;

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi S.A.W bersabda: ‘Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengukut tujuan hijrah itu.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Segalanya Bermula Dengan Niat 1

Amalan hanya akan diambil kira apabila disertakan dengan niat. Amalan bermaksud segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh mukallaf sama ada fardu atau sunat; sedikit atau banyak. Mukallaf bermaksud orang yang dipertanggungjawabkan dengan perintah dan kewajipan menjalankan tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya apabila telah :

1) Berakal

2) Baligh

3) Telah sampai seruan Islam kepadanya

Maka dengan itu walau sebaik mana pun amalan kita, contohnya bersedekah, solat, berbuat baik kepada orang lain tetapi jika niat kita tidak baik ataupun tidak berdasarkan kepada tujuan Islam, seperti amalan yang dilakukan adalah untuk mendapat sanjungan orang lain ataupun untuk dipuji-puji, natijahnya segala amalan itu akan menjadi sia-sia kerana tidak beroleh pahala malah akan membawa kepada dosa sekiranya timbul rasa riak.

Namun apabila niat kita melakukan sesuatu itu adalah ikhlas kerana Allah, kita akan mendapat ganjaran yang besar yang ditetapkan Allah walau dengan hanya mengalihkan duri di tengah jalan agar tidak menusuk kaki sesiapa yang melalui jalan tersebut.

Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki amalan kita ke arah yang baik. Semoga kita semua mendapat keberkatan.

Wallahualam.

Disediakan oleh: niaron

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *