Semak Keputusan Pertukaran Guru EGTUKAR KPM Sesi Jun 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Semak Keputusan Pertukaran Guru EGTUKAR KPM Sesi Jun 2012 1
KPM

Bagi warga pendidik yang sebelum ini telah memohon pertukaran guru menerusi egtukar. Semakan telah mula boleh disemak. Ketika ini ianya masih dalam proses dimana hanya beberapa orang sahaja yang keputusannya dipaparkan. Bagi yang mendapat “ keputusan masih dalam proses “, cubalah kembali lagi menyemak dalam masa beberapa minit lagi.

Bagaimana Untuk membuat semakan

Untuk membuat semakan hanya perlu ke sistem semakan online egtukar KLIK SINI

Pastikan menggunakan Internet explorer dan memasukkan no username, password dan no kad pengenalan masing-masing. Klik pada butang semakan sekiranya ingin menyemak keputusan perpindahan masing-masing.

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

Sistem mungkin akan sepenuhnya beroperasi kira-kira pukul 12 tengahhari ini. Perpindahan kali ini mengambil kira kes-kes khas seperti sakit kronik, berjauhan dengan pasangan dan sebab-sebab khas.  Diharapkan segala permohonan diterima. Selamat menyemak.

Tambahan : Ada juga kes keputusan tidak keluar lagi iaitu masih dalam proses. Kemungkinan ia adalah perpindahan dalam negeri dimana keputusan belum dikeluarkan lagi. Kemungkinan ia boleh disemak kembali pada 26 Mei 2012.

2 thoughts on “Semak Keputusan Pertukaran Guru EGTUKAR KPM Sesi Jun 2012

  1. saya dah dapat keputusan pindah..tahniah permohonan anda diluluskan..sila semak penempatan anda pada 26mei2012..agak2..bila agaknya surat sampai…dan apa yang perlu saya lakukan….buku rekod tu saya kena tinggalkan kt sekolah lama ke.

    1. Tahniah..kebiasaanya 2-3 minggu selepas tu..bersedia untuk serah tugas dan bawa dokumn2 penting boleh tanya kerani..buku rekod perlu ditiggalkan kerana ia dah jadi hak sekolah semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *