Semak Markah Peperiksaan Anak Online SAPS

Semak Markah Peperiksaan Anak Online SAPS

by fiziesss on October 31, 2011

Lihat Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Online

Tahukah anda, SAPS juga merupakan kemudahan untuk ibu bapa melihat keputusan peperiksaan atau ujian anak-anak masing. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS merupakan satu sistem sebagai agen perantara antara sekolah dengan ibu bapa, sekolah dengan bahagian pendidikan daerah dan negeri dalam memantau keputusan peperiksaan dalaman serta luaran sekolah.

Dengan adanya sistem SAPS ini, ibu bapa dan juga pihak berkaitan dapat mengakses dan membuat tindakan bagi meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar dalam menningkatkan lagi keberhasilan dalam pendidikan.

Mungkin berita baik bagi pelajar yang cemerlang, tetapi mungkin sesuatu yang merisaukan bagi pelajar yang tidak cemerlang yang selalu menyorokkan keputusan ujian atau peperiksaan kepada kedua ibu bapa penjaganya. Walau demikian, kemudahan yang ada ini sebenarnya membantu pelajar yang tidak cemerlang supaya sentiasa di beri perhatian demi masa depan yang lebih baik.

Bagaimana Cara Semak Markah Melalui SAPS

Untuk membantu ibu bapa saya sediakan sedikit tutorial bergambar bagi memudahkan ibu bapa yang rata-rata mempunyai masalah penggunaan IT.

Klik untuk Besarkan
  • Klik pada SEMAKAN IBU BAPA seperti dalam bulatan diatas atau KLIK SINI
  • Seterusnya akan keluar paparan seperti dibawah
Klik Untuk Besarkan
  • Taip/ isikan no kad pengenalan anak atau pelajar di bulatan bertanda 1 tanpa “-“ atau space contoh 817654032123
  • Pilih sekolah mereka samada sekolah rendah atau menengah di bulatan bertanda 2 dalam gambar. Tandakan dibulatan kecil.
  • Selepas itu klik SEMAK LAPORAN seperti dalam bulatan 3.
  • Selepas itu paparan seperti gambar dibawah akan muncul,
klik untuk Besarkan
  • Pada paparan itu menunjukkan nama sekolah, no kad pengenalan, nama pelajar, tingkatan dan kelas terkini.
  • Pilihlah jenis peperiksaan yang mahu dilihat samaada ujian atau peperiksaan akhir tahun. Seperti dalam bulatan bertanda 4.
  • Klik pada PAPAR SLIP KEPUTUSAN atau boleh PAPAR MARKAH PEPERIKSAAN dengan klik butang yang disediakan pada bulatan bertanda 5.

Kadangkala ada markah yang tidak dipaparkan kemungkinan ia masih dalam proses atau belum dikemaskini oleh guru bertanggungjawab, Ibu bapa boleh bertanyakan kepada pihak sekolah demi menambah lagi hubungan erat ibu bapa dengan pihak sekolah demi masa depan anak dan pelajar yang disayangi.

Diharapkan cara semak markah peperiksaan atau ujian anak mahupun pelajar secara online sistem SAPS ini akan sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan lagi kecemerlangan serta kemudahan kepada ibu bapa, guru dan pihak berkaitan.



PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

{ 28 comments… read them below or add one }

alia May 23, 2013 at 8:38 pm

bagaimana nak buka system untuk check linus buat darjah 1 hingga 3 ?

Reply

Yusamelia January 10, 2013 at 5:30 pm

Npe x leh buke,,,,, :’(

Reply

rizal December 10, 2012 at 9:56 am

mcam mne nak thu senarai name dalam kelas bagi sesi thun 2013.? ada cra nyer tak.?

Reply

nurjannah binti hassim October 28, 2012 at 9:33 am

muda2 saya lulus aminnnn………..

Reply

eikha zul October 4, 2012 at 5:59 pm

alaa..susah nye kalau macam nie…… :’(

Reply

muhammad syafiq September 2, 2012 at 9:42 pm

PLEASE GIVE ME TO OPEN THE WEB

Reply

yamashita July 8, 2012 at 9:29 pm

heeeeeeeeeeeeee saya lulus semua

Reply

yusof June 17, 2012 at 10:36 pm

salam satu malaysia, sy terkilan knpe result exam xsame dgn rsult di saps . sye hrap prkra trsebut dpt diperbtulkn dgn sgera spya snang parents dpt mgtahui kputusn exam yg mktmad.

Reply

Amy April 4, 2012 at 11:24 am

Alhamdulillah good job and makes it easier to check on my child results. Only comment cuba isis no sijil beranak rather than ic baru boleh dapat info. Lagi satu improvements how do we check for anak tahun 2 sesi 2012 ni sistem barukan

Reply

aisyah March 29, 2012 at 8:07 pm

sye dh tgok dh keputusan ujian 1 2012 sye dpt 4a 1b no.2 dlm kelas dn aliran

Reply

nur fatihah bt abdul rahim March 23, 2012 at 3:41 pm

tk sabar la nak tengok keputusan peperikasaan

Reply

HAZWANI November 14, 2011 at 5:37 pm

BUKAK X DA PUN

Reply

fiziesss November 14, 2011 at 5:52 pm

Memanh xde..sebab kadang-kadang cikgunya belum isi.. :) boleh rujuk sekolah..

Reply

nadiah athirah binti ismail April 1, 2012 at 1:33 pm

saya buka tapi keluar nama orang lain.

Reply

Lalipop July 5, 2012 at 6:37 pm

Kacian !! :)

Reply

MimFa November 12, 2011 at 9:28 am

Saya frust sangat2 sbb dah jadi satu trend dlm culture kementerian… kalau nak buat apa2, buat study lebih kurang ( 2,3 bulan jer), terus implement… tak buat stress test ke? Tak study expected crowd ke?

Langsung tak ada ciri2 customer centric… yg depa tau (tukang buat tu la).. “janji aku dah buat as diarahkan oleh Pak Menteri… lepas tu, lantak koranglah… aku ada seribu satu alasan nak salahkan korang2 yang tak guna benda ni..”

Minta tolong sangat2 la… study betul capability SAPs ni… saya rasa ianya tak cukup robust untuk kegunaan berjuta rakyat di negara ni…

FRUST!!! FRUST!!! FRUST!!! FRUST!!! FRUST!!! FRUST!!! FRUST!!!FRUST!!! FRUST!!! FRUST!!!

Dah dekat 30 kali akses SAPS ni, asyik dapat page ‘broken server’…. ke ada yang dah hack web ni???

Wallahu alam…

Reply

fiziesss November 13, 2011 at 6:42 am

Entah la mimfa..saya pun ada ramai pelawat adu cam ni..sy xbleh banyak komen hal ni..ada yang ada dtg komen benda positif..yang mana ia sangat baik dan memberi kemudahan..dan ada juga yang mengemukakan kelemahannya..bagi saya, setiap pekara ada kebaikan dan keburukan tertentu..ia lebih ketara bila ia baru diperkenal..apa2 pun..segala yg lemah itu menjadi pemangkin untuk menjadi lebih baik untuk hari2 seterusnya.. :)

Reply

roslan November 3, 2011 at 3:21 pm

kenapa saya tengok keputusan di buku rekod sekolah tak sama dengan SAPS

Reply

fiziesss November 3, 2011 at 8:00 pm

Mungkin tesilap isi kot..kadang-kadang dlm rekod tu mungkin exam lain, yang dimaksudkan dlm saps exam lain, kdg2 tu ada sekolah yg buat exam tambahan. Baik Lan rujuk cikgunya…mungkin tesilap ke..mane tau.. :)

Reply

nik hulwani bt nik ibrahim November 3, 2011 at 10:51 am

Good job. As a teacher, we appreciated what u all have done..rasa2nya lepas ni tk perlu lg report book unless kalau parent nk, print saja…tk payah parent risau bab anak sorok report book or salah kn ckgu sbb tk bg2 lg result..semuanya selaras..ckgu pn boleh buat kerja dr rumah…sbg parent, sy pn boleh tau kedudukan anak secara keseluruhan..tk adalah nk marah anak2 tnpa melihat senario secara keselruhannya..tq

Reply

fiziesss November 3, 2011 at 7:58 pm

Umm..betul tu..setuju.. kali ni mmg xleh nak sorok la.. pastu bleh pantau kemajuan anak walau dirumah.. :)

Reply

Reen November 2, 2011 at 7:16 pm

hmpp.. apsal kte da bgi no ic tpi kte xda dlam data erk?

Reply

fiziesss November 3, 2011 at 9:23 am

Mungkin sebab guru kelas belum masukkan data anak atau diri lagi. Sebab bukan semua negeri dah buat kemaskini data. Masih banyak lagi yang belum penuhkan data-data pelajar, apa lagi markah. Mungkin ada sebab2 kelewatan yang tidak dapat dielakkan. Bleh cuba rujuk sekolah :)

Reply

Sha November 1, 2011 at 12:02 pm

Terima kasih dengan kewujudan portal ini satu penanda pendidikan maju selangkah ke hadapan..syabas dan tahniah kepada yang terlibat dalam pewujudan portal ini….untuk penambahbaikan saya mencadangkan agar pihak editor menambah butang-butang pautan seperti borang2 kemasukan ke universiti/ kolej serta syarat2 kemasukannya sekali dan sebagainya untuk memudahkan ibubapa, terimakasih.

Reply

fiziesss November 2, 2011 at 11:43 am

Portal yang mana satu? yang SAPS ke atau xpresi.org ni? cadangan yang bernas, memang saya nak buat macam tu, tapi akan saya lakukan sedikit demi sedikit mengikut keluangan masa..Terima kasih :)

Reply

Datok October 31, 2011 at 12:19 pm

Uik, ini baru terbaeik..kali ni anak aku xleh buat senyap2 dah ni..

Reply

fiziesss October 31, 2011 at 12:26 pm

Kne ingat no IC la..mane tau ada yg sorok ic plak dgn bapak die.. ;)

Reply

shira March 29, 2012 at 8:37 am

sedih ujian saya tak dapat tengok

Reply

Leave a Comment

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.
*

Previous post:

Next post: