Semak Syarat Kelayakan IPTA lepasan SPM

Pernah anda keliru dan susah untuk dapatkan maklumat kelayakan untuk memohon IPTA? Informasi ini mungkin memberikan sedikit jawapan kepada persoalan anda itu. Pemohon UPU lepasan SPM boleh menyemak kelayakan kursus yang boleh dipohon melalui aplikasi yang disediakan. Namun demikian, aplikasi yang disediakan hanya untuk calon yang berhasrat memohon UITM sahaja.

Pemohon dari IPTA lain juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk memberikan gambaran kelayakan untuk memohon UPU. Perlu diingatkan apa yang digambarkan semestinya tidak semua akan sama dengan permohonan university lain yang dipohon.

Baca Juga :  Tips Pilih Kursus Pengajian Di Universiti

Aplikasi  Semakan kelayakan

Sebelum ini I Mas U digunakan untuk menyemak kelayakan, namun demikian kini laman bekenaan tidak dapat diakses, bagi pemohon UiTM bolehlah menggunakan aplikasi yang keluarkan oleh UiTM untuk menyemak syarat kelayakan ke institusinya.

Untuk semak kelayakan, pengguna bolehlah ke Portal selangkah ke UiTM dan mula mengisi No kad pengenalan, nama , email dan no telefon masing-masing. Selepas maklumat berkaitan diisi, calon boleh klik pada butang SPM yang terdapat pada bawah borang maklumat pengguna.

Menarik :

Baca Juga :  Permohonan Sekolah Sukan Malaysia

Selangkah UITM

Selepas itu, anda diminta untuk mengisi keputusan yang anda dapat untuk menerima cadangan dan kelayakan pengajian yang memenuhi syarat keputusan SPM yang diperolehi.

Keputusan boleh dicetak untuk memudahkan perancangan dan keputusan yang ingin dibuat untuk permohonan ke UiTM masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *