Semak Syarat Kelayakan Universiti Permohonan UPU

UPU KPT

Tahukah anda, setiap kursus yang ingin dipohon mempunyai syarat kelayakan tersendiri? Syarat kelayakan setiap universiti pula boleh disemak secara online. Untuk memohon kursus atau pengajian sesebuah university, calon perlulah memastikan dahulu keputusan peperiksaanya melepasi syarat minimum yang ditetapkan pihak universiti. Setiap university mempunyai syarat kelayakan dan syarat lain yang berbeza mengikut ketetapan pihak universiti.

Tahukah anda, terdapat kemudahan untuk menyemak syarat kelayakan untuk semua universiti secara online? Maklumat yang disediakan itu pula adalah dikemaskini terbaru oleh pihak universiti. Jika dahulu, sebuah buku panduan syarat kelayakan perlu dibeli untuk merujuk syarat permohonan. Zaman berubah, kini anda boleh menyemak bukan sahaja syarat kelayakan masuk universiti, malahan senarai program yang ditawarkan dan info universiti yang diminati.

e-Panduan Permohonan Kemasukan IPTA

Untuk menyemak syarat minimum IPTA silalah berkunjung ke Sistem e-Panduan Permohonan Kemasukan IPTA ( KLIK SINI )

Melalui sistem ini anda akan mudah memperolehi maklumat seperti :

  • Mengenai IPTA/ politeknik premier
  • Senarai program yang ditawarkan
  • Syarat khas program.

Siapa yang boleh gunakan?

Sistem ini boleh digunakan oleh pemohon UPU lepasan SPM dan STPM yang ingi mengetahui maklumat lanjut bekenaan kelayakan dan permohonan IPTA/ Politeknik yang dipilih.

Paparan yang keluar juga boleh dipilih mengikut universiti yang dipilih serta maklumat penting lain dengan hanya menggunakan sistem online yang disediakan.

Sistem ini adalah dikemaskini dan pastinya syarat kemasukan adalah terbaru dan menepati kemasukan 2013 ini. Oleh itu diharapkan pelajar menggunakan sebaiknya untuk mengisi permohonan UPU masing-masing.

2 thoughts on “Semak Syarat Kelayakan Universiti Permohonan UPU

  1. I can’t access the web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*