Semak Syarat Kemasukan UPU di E Panduan Dengan Mudah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
e panduan
e panduan

Jika ingin mohon UPU, perlu untuk kita mengetahui syarat kemasukan dan senarai program, e panduan adalah sistem yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU untuk memberikan kemudahan kepada pemohon untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting seperti :

  • Pengenalan Universiti Awam UA
  • Pengenalan Politeknik Premier
  • Senarai Program Yang Ditawarkan
  • Syarat Khas Program

e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam / Politeknik Premier ini terbuka kepada pengguna yang ingin membuat permohonan semasa iaitu dari kategori pengajian lepasan STPM/ setaraf dan pengajian lepasan SPM/ Setaraf.

Bagaimana Menggunakan e panduan UPU

Untuk menggunakan e panduan ini, terlebih dahulu anda perlu ke sistem melalui alamat  https://online.mohe.gov.my/upu/epanduan/index.php anda boleh memilih 3 fungsi utama iaitu pengenalan UA/ Politeknik, senarai program dan syarat khas. Pengenalan UA digunakan jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut institusi yang anda minati termasuk sedikit latar belakang institusi. Sekiranya anda menggunakan fungsi pengenalan ini, anda perlu memilih kategori anda samaada STPM/ setaraf atau SPM/ Setaraf.

Info Tambahan :  Hubungan Karier: 6 Cara Menggunakan Media Sosial untuk 'Kabel'

Begitu juga anda boleh gunakan senarai program yang ditawarkan dan menyemak syarat khas permohonan. Sebagai bakal pemohon UPU, anda perlulah terlebih maklum adakah anda layak memohon kursus yang anda minati, hal ini kerana setiap kursus mempuyai syarat khas yang berbeza. Jika ia bertepatan dengan kelayakan anda barulah anda boleh membuat permohonan UPU.

Contoh Fungsi Mengenai UA dan pilihan UPSI

Fungsi Maklumat Universiti
Fungsi Maklumat Universiti

Dari penggunaan sistem untuk UPSI anda akan dapat maklumat penuh alamat, no telefon dan latar belakang lain institusi tersebut. Maklumat ini memudahkan anda membuat perancangan dalam memilih lokasi institusi anda dan sebagainya.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Fungsi Senarai Program

Fungsi Senarai Program
Fungsi Senarai Program

Untuk fungsi ini anda perlu memilih Institusi yang anda pilih, kategori anda dan aliran anda. Sistem akan menunjukkan senarai program yang berkaitan dengan maklumat yang anda isi tadi.

Syarat Khas Program

Syarat Khas Program
Syarat Khas Program

Untuk fungsi ini anda perlu memilih universiti, kategori, aliran dan fakulti yang ingin anda pilih. Sistem akan memaparkan syarat khas program tersebut dan ianya pasti memudahkan.

Satu lagi fungsi menarik anda juga boleh membuat carian program yang anda ingin. Secara keseluruhan sistem e panduan yang ada ini memang membantu jika dibandingkan sebelum ini yang menuntut pemohon supaya mencari satu persatu.

One thought on “Semak Syarat Kemasukan UPU di E Panduan Dengan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *