Semakan Keputusan Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2015

Semakan

Info ringkas ini adalah bagi memaklumkan pemohon Tajaan JPA untuk program Ijazah dalam Negara. Keputusan permohonan program ijazah dalam Negara telah dibuka untuk semakan kini. Semakan secara online dibuka bermula 12 november 2014 sehingga 18 november 2014.

Bagi yang telah memohon sebelum ini, bolehlah membuat semakan dialamat http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan/index.php?program=IPT dan menggunakan no kad pengenalan masing-masing dan kata laluan.

Jabatan Perkhidmatan Awam juga banyak memberikan tajaan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran tidak kira peringkat ijazah, sarjana atau PHD bagi meringankan beban hutang pelajar apabila tamat pengajian kelak. Selain itu kebanyakan pelajar tajaan JPA ini mudah untuk mendapat pekerjaan kerana bidang yang diambil kebiasaanya merupakan bidang yang mempunyai peluang cerah dan menjadi permintaan pasaran kerja.

Baca Juga :  Keputusan UPSR 2016 Hari ini, Dapatkan Segera

Menarik :

Semakan SMS

Selain melalui online, anda juga boleh membuat semakan melalui SMS :

Semakan Melalui MySMS Taip JPA PIDN & SMS ke 15888.

(Contoh: JPA PIDN 900701085984)

Untuk Berjaya diterima tajaan ini bukanlah mudah, hanya mereka yang terpilih sahaja yang akan diterima. Diharapkan info ini dapat memaklumkan dan member peringatan kepada calon yang telah memohon sebelum ini. Selamat Berjaya.

Apa Komen Anda :