Semakan Kolej Vokasional, SMT dan IKTBN 2016

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
KPM
KPM

Untuk makluman, semakan Kolej Vokasional , Sekolah Menengah Teknik SMT dan IKTBN untuk ambilan Januari 2016 akan mula dibuka tidak lama lagi. Bagi pelajar sebelum ini ada memohon dan menunggu keputusan bolehlah membuat semakan beberapa hari lagi.

Tarikh Semakan Kolej Vokasional, SMT dan IKTBN

Untuk makluman, Semakan Kolej Vokasional, SMT dan IKTBN ambilan januari akan dibuka pada 18 Januari hingga 25 Januari 2016. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan semakan atau tawaran bolehlah terus ke laman rasmi KPM www.moe.gov.my pada tarikh yang dinyatakan.

Rayuan Kolej Vokasional, SMT dan IKTBN

Untuk membuat rayuan bolehlah berbuat demikian sekiranya tidak Berjaya ditawarkan dengan segera ke institusi yang dimohon mengikut ketetapan yang dinyatakan :

Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025
Institusi Tarikh
Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 27 Jan Hingga 29 Febuari 2016
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara ( IKTBN )

·         IKTBN Pagoh

·         IKTBN Bukit Mertajam

27 Jan Hingga 28 Jan 2016 sahaja

 

Makluman sekali lagi, bagi yang tidak Berjaya bolehlah membuat rayuan dengan pergi sendiri/ Walk in ke Institusi yang dipilih mengikut tarikh ketetapan yang dinyatakan dalam jadual diatas.

Pemilihan dan penempatan pelajar Walk In/ rayuan adalah bergantung kepada kekosongan dan keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid institusi.

Memilih untuk ke bidang kemahiran merupakan pilihan altenatif yang juga memberikan masa depan yang lebih baik. Kemahiran yang dibekalkan bukan sahaja boleh membantu pelajar untuk mendapatkan pekerjaan malahan boleh mendatangkan keuntungan perniagaan sekiranya usaha dan cara kerja yang sesuai.

Kebanyakan kejayaan pelajar dalam bidang ini adalah bagi mereka yang pandai aplikasi kemahiran yang ada serta sentiasa mempraktikkan kemahiran yang dipelajari selepas pengajian. Ada juga pelajar yang cemerlang menyambung ke peringkat lebih tinggi sehingga menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam pekerjaan professional.

Bagi pelajar yang berminat dan telahpun memohon sebelum ini, pastikan kursus yang dipohon sesuai dengan minat agar ia dapat membantu pembelajaran lebih mudah dan penguasaan dalam ilmu kemahiran yang dipelajari. Pastikan anda bersedia untuk membuat semakan yang akan mula dikeluarkan 18 Januari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *