Semakan Markah Kokurikulum Permohonan UPU

Bagi yang mengisi UPU, mungkin memerlukan markah kokurikulum. Markah kokurikulum boleh semak online sekiranya data markah telah dimasukkan oleh pihak terlibat. Kami ada menerima pertanyaan dari pelawat bagaimana untuk mendapatkan markah kokurikulum.

“ salam admin, boleh tolong saya tak? Kat mana nak cari markah kokum.. dalam UPU ada minta isi “

Untuk pengetahuan, sebenarnya markah kokurikulum diproses disekolah masing-masing. Kebiasaanya guru penolong kanan kokurikulum yang mengumpul dan memasukkan data ke system data yang disediakan. Oleh demikian, ada 2 cara untuk dapatkan markah kokurikulum iaitu dengan :

Baca Juga :  Cara Semak temuduga dan ujian fizikal di SPA

Menarik :

  1. Mendapatkan di sekolah masing-masing
  2. Semak online markah kokurikulum

Untuk membuat semakan secara online markah kokurikulum, calon perlu memasukkan nombor kad pengenalan dalam sistem semakan markah kokurikulum KLIK SINI.

Markah yang diperolehi bolehlah dimasukkan ke permohonan UPU masing-masing tidak kira lepasan SPM, STPM atau STAM. Diharapkan maklumat semakan online markah kokurikulum ini berguna dan menjawab pertanyaan.

Baca Juga :  Semakan Keputusan Rayuan UPU SPM/Setaraf 2016/2017
Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*