Hari ini ramai menantikan semakan Keputusan/result SPM untuk 2011, semakan juga boleh dilakukan secara online dan juga SMS untuk mendapatkan keputusan terkini.
Kebiasaanya, keputusan SPM agak lambat boleh diambil di sekolah kerana setiap sekolah perlu menganalisis terlebih dahulu keputusan pelajarnya sebelum memberikan kepada pelajar, ada juga sekolah perlu menyemak sebarang masalah pelajar sebelum memberikan keputusan SPM.
Oleh demikian, menunggu merupakan satu penyiksaan, menyemak secara online atau SMS keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) 2011/ 2012 ini merupakan tindakan yang tepat bagi mereka yang lama menunggu debaranya.
Semakan Keputusan SPM secara SMS
- Untuk membuat semakan secara SMS keputusan SPM 2011 perlu
Taip SPM<> No. Kad Pengenalan< >NoAngkaGiliran dan hantar ke 15888
Cth : SPM 940820035961 BH009B284
Semakan Secara Online Keputusan SPM 2011
Untuk membuat semakan secara online perlu ke Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia atau
Sistem Semakan Online SPM 2011
Untuk membuat semakan perlu memasukkan no kad pengenalan masing-masing.
Semoga hari ini merupakan berita gembira bagi mereka yang telahpun berusaha gigih sebelum ini, bagi yang tidak berjaya dalam keputusan SPM 2011 ini, janganlah bersedih kerana masih banyak lagi peluang terbuka luas untuk anda.
One thought on “Semakan Online dan SMS Keputusan ( SPM 2011 ) 2012”
Kalau no giliran lupa mcam mana ya