Semakan Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM

Muka login E-penyata gaji

Jabatan Akauntan Negara ANM telah memudahkan urusan semakan penyata gaji bagi kakitangan kerajaan dengan menyediakan semakan dan muat turun slip/ penyata gaji secara online di ANM. Kemudahan ini banyak kelebihannya sehingga mampu menjimatkan kos masa dan yang paling penting mengurangkan penggunaan orang tengah untuk menyampaikan sesuatu maklumat sehinggakan kadangkala mungkin mengalami masalah hilang, lambat atau tercicir.

Kemudahan online ini mungkin memudahkan golongan kakitangan usia muda tetapi ia mungkin menimbulkan kesukaran kepada golongan lama berkhidmat terutama yang tidak mahir internet dan komputer. Oleh itu saya

Sediakan secara ringkas bagaimana untuk menggunakan semakan penyata gaji ANM tersebut.

Mendaftar terlebih dahulu

Rajah 1 ANM
Rajah 2 ANM
  • Sebelum menggunakan aplikasi yang disediakan seharusya anda mempunyai no slip gaji. Bolehlah bertanya kepada kerani masing-masing ataupun rujuk slip gaji sebelum ini dibahagian atas sekali.
  • Bagi yang belum mendaftar perlu masuk ke http://www.anm.gov.my .
  • Klik ‘ e-penyata gaji pada bulatan seperti rajah 1 diatas untuk ke halaman login.
  • Sila klik “ pertama kali mendaftar “ seperti dalam rajah 2 diatas
  • Masukkan maklumat yang diminta
  • Selesai

Login untuk semakan selepas mendaftar / Cara Semak Penyata Gaji

Sekiranya selesai mendaftar ataupun yang telahpun mendaftar bolehlah terus ke cara yang disediakan ini.

Laman Utama Home ANM
  1. Pergi ke http://www.anm.gov.my atau KLIK SINI dan gambar seperti diatas akan dipaparkan.
  2. Klik ‘ e-penyata gaji pada bulatan seperti diatas untuk ke halaman login.
  3. Di halaman login sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan
  4. Klik “ Daftar masuk “
  5. Di paparan profil saya sila klik penyata gaji “ sendiri “
  6. Pilih tahun dan bulan yang dikehendaki dan klik “ cari “
  7. Setelah itu akan terpapar link untuk slip gaji masing-masing.
  8. Klik sahaja link tersebut, ia akan muat turun/download ke komputer masing-masing.
  9. Setelah selesai download masing-masing boleh bukanya dengan klik file pdf tersebut.
  10. Sebelum buka pastikan komputer masing-masing mempunyai perisian adobe reader
  11. Selesai, semoga berjaya.

Untuk maklumat lanjut anda dinasihatkan rujuk manual penuh penggunaan yang disediakan oleh Jabatan Akautan Negara KLIK SINI 

Sumber : http://www.anm.gov.my/main.php

Update 25 April 2012 : Pembayaran gaji Mei 2012 dijangka pada ( Rabu ) 23 Mei .


 

 

Chat / Comments

53 thoughts on “Semakan Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM

  1. nursyahida says:

    Salam..
    saye bru je kje n bru je dpt gji bulan ni..lepas sya bce cara nk dftr e pnyata gji yg encik ajr tu bru sya sdar..sya da slap daftar..no gji tu sya isi no akaun bank..kalo sya nk dftr bru bole ke..mcmmne sya nk wat ye encik…sya dah buntu..

    • ish..cuba tnya kerani..kalau dapt edit balik oklah..cuba login..harap2 boleh edit kat maklumat gaji..sy jarang terima kes mcm ni..xpandai sangat kalau nak tlg..maaf yer..

  2. tentera boleh check gak ke penyata gaji dalam e penyata gaji ni.

  3. Salam..Bila keluar slip gaji untuk april..nak tengok tunggakan dapat berapa.

  4. minta2 gaji bulan april nie dptlah kt tunggakan…

  5. Good blog.. good info, how to register at ANM Penyata gaji.. thank so much.

  6. Bila gaji bulan april..betul ke april 2012 ni dibayar tunggakan?

  7. ssh sgt la nak wat semakkn penyata gaji….asyk xdpt bka je…

  8. Paul Mpadai anak Anchaweng says:

    Tak boleh dan lansung Xdpat akses pun

  9. dh sign..walaupun still blur2 with spba…keluarnya x de pun…
    still gak yg lama…@_@

  10. knpa anm xleh nk msuk?

  11. PERKHIDMATAN E-MAKLUM TERLALU TERUK BOLEH KASI KOSONG MARKAH

  12. tahun depan saya naik DG44..macamana pengiraan gaji SPBA…skrg gaji saya DG41-2690

  13. Kenapa bila selapas masuk i.c klik semak paparan akan jadi kosong tak dapat nak tengok status pembayaran tapi semak gaji tak masaalah

  14. kamilan ahmad says:

    masaalah saya apabila nak lihat status pembayaran setelah diisi no i.c dan klik pada semak paparan jadi kosong tetapi tidak jadi masaalah kira nak semak penyata gaji apa masaalah nya.

  15. KNPA XDPT NAK DAFTAR…TLG?

  16. Bila agaknya gaji keluar?

  17. Noratiah Awang says:

    salam…sya pn x dapat buka sistem E pnyata gaji brapa kali da try

  18. bila bonus bln12 klr?

  19. KEE MOHAMAD YASIN KEE MOHAMAD YUSOF says:

    Saya tak dapat eksess system. di hilightkan merah no kad pengenalan atau kata laluan salah. Masuk bahagian ‘lupa kata laluan’ masih di sebut no kad pengenalan salah. Daftar semula pun dah cuba. kad pengenalan salah juga. Dah semak tak salah pun. Sebelum ni dapat ekes. sekarang tak boleh. apasal ya. Boleh bantu ke.

  20. maun tanya,penyata gaji untuk Pembanci Sambilan Harian ada ke?

  21. Saripah Maselamah bt Syed Agil says:

    Pesara Kerajaan dapat pelarasan pencen bila? Pesara boleh tengok penyata gaji juga tak?

    • alamak..sy xtau la kalau pesara..setahu sy ia mula tahun depan pelarasan tu..kalau penyata gaji semak online tak tahulah..cuba puan semak sekarang..mana tahu ada.. :)

  22. Salam, bila keluar bonus untuk tahun ni..dengar cerita bulan disember ni..betul ker?

  23. sy t’hilang salinan penyata gaji (EC) 2009 krn slalu pindah tmpt keja. Skolah pula missplace file EC guru2 utk 2009. So bole ke sy dptkn salinn baru EC 2009 sy di JAN? Online hanya ada mulai jan 2010. Borg EC 2009 neh sgt ptg krn sy bru dpt notis taksiran LHDN utk 2009 yg sgt x munasabah.
    gloria Telah berkongsi..10 Rahsia Yahudi Laknatullah

    • Saya jarang dapat masalah ni, Biasanya dia ada salinan kat skolah..tapi kalau xde, cubalah ke JAN sebab ia mesti ada simpan salinan untuk setiap keluaran slipnya. cubalah yer gloria. Urusan kerajaan ni pasti setiap proses laluan prosedurnya akan disalinkan.

  24. Assalamualikum, bila gaji ogos akan keluar? dengar cerita keluar awal.

  25. Salam saudara, untuk bonus hari raya ogos 2011 ni ada penyata gaji ker?

  26. sistem epenyata gaji dktakan hbat tapi pling buruk stakat nie krana xdpt akses masuk untuk print slip gaji blan july
    ..!!!!

  27. Tanpa Nama says:

    Apa Hal dengan Sistem E penyata Gaji Akuntan Negara Malaysia Nak Acces Masuk Pun Tak Boleh. Apalagi Nak Print Gajiu Bulan Julai Sudah 3 Hari Tak BNoleh Masok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge