Semakan Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Semakan Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM 1
Muka login E-penyata gaji

Jabatan Akauntan Negara ANM telah memudahkan urusan semakan penyata gaji bagi kakitangan kerajaan dengan menyediakan semakan dan muat turun slip/ penyata gaji secara online di ANM. Kemudahan ini banyak kelebihannya sehingga mampu menjimatkan kos masa dan yang paling penting mengurangkan penggunaan orang tengah untuk menyampaikan sesuatu maklumat sehinggakan kadangkala mungkin mengalami masalah hilang, lambat atau tercicir.

Kemudahan online ini mungkin memudahkan golongan kakitangan usia muda tetapi ia mungkin menimbulkan kesukaran kepada golongan lama berkhidmat terutama yang tidak mahir internet dan komputer. Oleh itu saya

[highlight]Sediakan secara ringkas bagaimana untuk menggunakan semakan penyata gaji ANM tersebut.[/highlight]

Mendaftar terlebih dahulu

Semakan Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM 2
Rajah 1 ANM
Semakan Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM 3
Rajah 2 ANM
  • Sebelum menggunakan aplikasi yang disediakan seharusya anda mempunyai no slip gaji. Bolehlah bertanya kepada kerani masing-masing ataupun rujuk slip gaji sebelum ini dibahagian atas sekali.
  • Bagi yang belum mendaftar perlu masuk ke http://www.anm.gov.my .
  • Klik ‘ e-penyata gaji pada bulatan seperti rajah 1 diatas untuk ke halaman login.
  • Sila klik “ pertama kali mendaftar “ seperti dalam rajah 2 diatas
  • Masukkan maklumat yang diminta
  • Selesai
Info Tambahan :  Laman Web Mencari Peluang Pekerjaan Untuk Lepasan Sekolah

Login untuk semakan selepas mendaftar / Cara Semak Penyata Gaji

Sekiranya selesai mendaftar ataupun yang telahpun mendaftar bolehlah terus ke cara yang disediakan ini.

Semakan Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM 2
Laman Utama Home ANM
  1. Pergi ke http://www.anm.gov.my atau KLIK SINI dan gambar seperti diatas akan dipaparkan.
  2. Klik ‘ e-penyata gaji pada bulatan seperti diatas untuk ke halaman login.
  3. Di halaman login sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan
  4. Klik “ Daftar masuk “
  5. Di paparan profil saya sila klik penyata gaji “ sendiri “
  6. Pilih tahun dan bulan yang dikehendaki dan klik “ cari “
  7. Setelah itu akan terpapar link untuk slip gaji masing-masing.
  8. Klik sahaja link tersebut, ia akan muat turun/download ke komputer masing-masing.
  9. Setelah selesai download masing-masing boleh bukanya dengan klik file pdf tersebut.
  10. Sebelum buka pastikan komputer masing-masing mempunyai perisian adobe reader
  11. Selesai, semoga berjaya.
Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Untuk maklumat lanjut anda dinasihatkan rujuk manual penuh penggunaan yang disediakan oleh Jabatan Akautan Negara KLIK SINI 

Sumber : http://www.anm.gov.my/main.php

Update : Sila lihat Jadual Tarikh Pembayaran Gaji 2016  .


 

 

73 thoughts on “Semakan Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM

  1. saya baru pertama kali guna sistem e-gaji. tapi, bila ingin daftar masuk, sistem trigger “no id anda tlh didaftarkan”. pelik.. 2nd, bila saya nak buat tukar kata laluan, no.gaji pula salah. (padahal no. gaji dh betul). mcm mana nk buat?

  2. Saya perlukan Penyata Tahunan Gaji mulai tahun 2007 hingga 2009. Dapat JAN menghantar melalui email saya. Diperlukan untuk pengiraan semula cukai pendapatan secepat mungkin. Telah hubungi tempat bertugas tetapi diberitahu tak dapat dikesan lagi. Saya telah bersara pada 21.11.2013. Amat berterima kasih kepada pihak Tuan jika dapat membekalkan saya salinan penyata tahunan gaji saya bagi 2007 – 2009.

    Terima Kasih

  3. Salam.
    Tuan, Saya nak tanya kenapa saya tidak boleh daftar untuk isteri saya sedangkan slip gaji dah ade.Saya dah masukkan semua.Masih lagi gagal mendaftar.

    Sekian

  4. saya terlupa kata laluan saya, apabila saya mahu reset semula tidak dapat. pada ruangan memasukkan no akaun. tiada data

  5. saya telah beberapa kali buka untuk melihat gaji saya yg sebenar tapi malangnya hanya sampai penyata gaji sahaja sedangkan pay slip tidak di paparkan .

  6. pesal xblh nk login utk penyata gaji ni..’This webpage is not available’ ble nk available ni,improve cpt..urgent bro..

  7. salaam. saya tak tahu dan nak tahu kenapa saya tak boleh buka penyata “sendiri”? hanya dapat buka sampai profil diri sahaja…tapi bila cuba di tempat kerja takde masalah pula.untuk pengetahuan di rumah guna ie dan windows 7 home premium. tk atas perhatian..

      1. saya dah ada reader tapi masih gagal buka penyata sendiri.apa lagi kemungkinan yang tak kena lagi ye?

  8. Slm, kenapa nk dwnload pyata gaji dlm galaxy tab xboleh ye.dh install adobe reader & pdf.tp,masih xleh gak.aplikasi lain yg guna pdf boleh plak download.hrp boleh mbantu.tq…

  9. salam.. kenapa untuk semakan gaji bulan julai 2012, webside e-penyata gaji x boleh di buka sejak 20hb julai? kalau ada masalah harap cepat2 lah atasi sebab ini memberi kesukaran pada kami yang ingin menggunakan slip gaji untuk urusan tertentu

  10. sye bru nk mendaftar sbg pengguna baru dan semua maklumat yang dikehendaki diisi dlm ruangan tu saya ade.tapi xdpt daftar n yang keluar cmni “Gagal untuk mendaftar. – Tiada rekod ditemui. Sila semak semula ID pengguna anda.”

    sye bru dpt gaji pertama..n nk daftar..xdpt dftar plak..knape tu erk?

  11. Salam

    saya baru nk daftar.dah isi semua,tapi die tulis gagal untuk mendaftar.tiada rekod ditemui.sila semak semula id pengguna.banyak kali buat pun keluar benda yang sama.kenapa ye?

  12. Salam..
    saye bru je kje n bru je dpt gji bulan ni..lepas sya bce cara nk dftr e pnyata gji yg encik ajr tu bru sya sdar..sya da slap daftar..no gji tu sya isi no akaun bank..kalo sya nk dftr bru bole ke..mcmmne sya nk wat ye encik…sya dah buntu..

    1. ish..cuba tnya kerani..kalau dapt edit balik oklah..cuba login..harap2 boleh edit kat maklumat gaji..sy jarang terima kes mcm ni..xpandai sangat kalau nak tlg..maaf yer..

    1. Ikut langkah 1-7 tu..pastu gaji tu rujuk di jadual DG 1-2 yang terhampir — lebih dari jumlah akhir pengiraan 1-7 tu..maaf xdapat bg detail, tlg kirakan..sbb sy sekarang sedang travel..:)

      1. salam encik fizi, saya ingin bertanya, slip gaji saya tidak dapat diakses. kemudian saya ambil lupa kata laluan dan tertera mengatakan no kad pengenalan saya salah. mohon bantuan, terima kasih

  13. Kenapa bila selapas masuk i.c klik semak paparan akan jadi kosong tak dapat nak tengok status pembayaran tapi semak gaji tak masaalah

  14. masaalah saya apabila nak lihat status pembayaran setelah diisi no i.c dan klik pada semak paparan jadi kosong tetapi tidak jadi masaalah kira nak semak penyata gaji apa masaalah nya.

  15. Saya tak dapat eksess system. di hilightkan merah no kad pengenalan atau kata laluan salah. Masuk bahagian ‘lupa kata laluan’ masih di sebut no kad pengenalan salah. Daftar semula pun dah cuba. kad pengenalan salah juga. Dah semak tak salah pun. Sebelum ni dapat ekes. sekarang tak boleh. apasal ya. Boleh bantu ke.

    1. alamak..sy xtau la kalau pesara..setahu sy ia mula tahun depan pelarasan tu..kalau penyata gaji semak online tak tahulah..cuba puan semak sekarang..mana tahu ada.. 🙂

  16. sy t’hilang salinan penyata gaji (EC) 2009 krn slalu pindah tmpt keja. Skolah pula missplace file EC guru2 utk 2009. So bole ke sy dptkn salinn baru EC 2009 sy di JAN? Online hanya ada mulai jan 2010. Borg EC 2009 neh sgt ptg krn sy bru dpt notis taksiran LHDN utk 2009 yg sgt x munasabah.

    1. Saya jarang dapat masalah ni, Biasanya dia ada salinan kat skolah..tapi kalau xde, cubalah ke JAN sebab ia mesti ada simpan salinan untuk setiap keluaran slipnya. cubalah yer gloria. Urusan kerajaan ni pasti setiap proses laluan prosedurnya akan disalinkan.

  17. Apa Hal dengan Sistem E penyata Gaji Akuntan Negara Malaysia Nak Acces Masuk Pun Tak Boleh. Apalagi Nak Print Gajiu Bulan Julai Sudah 3 Hari Tak BNoleh Masok

Leave a Reply to gloria Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *