Semakan Permohonan Sekolah Teknik 2013

Bagi lepasan PMR 2013, Semakan Sekolah Teknik bagi tahun 2013 akan dibuka tidak lama lagi. Kami banyak menerima pertanyaan bila semakan sekolah teknik akan dibuka untuk tahun 2013 ini. Mungkin ramai pelajar mula berubah angin ingin cuba belajar di sekolah lain ataupun ada yang mula dapat informasi lain tentang masa depan belajar di sekolah berorientasikan kemahiran. Maklumat sebenar bila semakan ke sekolah teknik masih lagi belum dikeluarkan. Walaubagaimanapun, semakan ke sekolah teknik mungkin akan kelaur minggu hadapan. Oleh yang demikian, semakan sekolah teknik 2013 kemungkinan akan dikeluarkan dan boleh disemak sekitar 11 Januari 2013.

Baca Juga :  Cara Isi Borang Keberhasilan PBPPP Guru

Semasa keputusan info semakan dikeluarkan nanti, pelajar bolehlah mula menyemak di kemungkinan di aplikasi semakan sekolah teknik oleh laman rasmi Kementerian Pelajaran http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakankvsmt2013 .

Kebiasaanya, pelajar akan dihubungi dan surat tawaran akan diberikan beserta dokumen-dokumen perlu semasa hari pertama mendaftarkan diri nanti.

Menarik :

Apabila hari pertama di tingkatan 4 di sekolah semasa pasti anda akan mengalami beberapa masalah atau ketidakpuasan. Hal ini ditambah lagi dengan ketidaksuaian pakej dan beberapa masalah lain seperti penempatan kelas dan sebagainya. Pelajar seharusnya pandai membuat pilihan dan perlu berfikir panjang tindakan apa yang perlu dilakukan. Untuk membuat apa-apa keputusan, perlulah melihat potensi diri dan kecenderungan minat dalam pembelajaran. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, plajar bolehlah berjumpa kaunselor atau guru bimbingan dan kaunseling sekolah masing-masing untuk mendapatkan maklumat secukupnya. Selain itu, pelajar boleh juga bertanya kepada rakan dan mereka yang telah melalui masalah yang sama.

Baca Juga :  5 Idea Halatuju STPM Tanpa Masuk IPTA/ UA

Membuat pilihan ke sekolah Teknik juga pilihan yang tepat bagi mereka yang gemarkan pembelajaran yang lebih kepada praktikal dan berkemahiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *