Semakan Rayuan UPU ke IPTA dan Politeknik Premier 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Semakan Rayuan UPU ke IPTA dan Politeknik Premier 2012 1
UPU

Bagi calon lepasan SPM setaraf yang sebelum ini membuat rayuan, Semakan rayuan kemasukan ke IPTA dan politeknik premier menerusi UPU 2012 sudah mula boleh disemak pada hari ini.

Menurut kakitangan UPU, keputusan rayuan boleh mula disemak secara online mulai 14 Ju 2012 sekitar pukul 12 tengahhari. Semakan rayuan ini adalah bagi calon lepasan SPM setaraf yang gagal diterima pada pengambilan sebelum ini yang telah membuat rayuan secara online. Semakan secara boleh dibuat melalui kaedah online ataupun secara SMS dan calon dinasihatkan supaya membuat semakan ketika waktu yang tidak sibuk sehingga menyukarkan talian dan akses kepada sistem semakan.

Info Tambahan :  STPM, Asasi, Diploma, Vokasional - Yang Mana Lebih Baik Tahun 2023?

Semakan Rayuan UPU Online

Untuk membuat semakan rayuan secara online boleh terus ke portal rasmi UPU atau melalui pautan dibawah :

Semakan Rayuan Secara SMS

Untuk membuat semakan rayuan melalui SMS perlu taip :

[box style=”rounded”]UPU RESULT No.MyKad dan hantar kepada 15888.[/box]

Untuk pengetahuan, rayuan adalah dipilih berdasarkan kekosongan yang tidak diisi dari kegagalan mendaftar diri semasa kemasukan sebelum ini semasa pendaftaran pelajar baru IPTA. Kebanyakan tidak mendaftar diri mungkin membuat pilihan lain seperti matrikulasi, KPLSPM, kemahiran dan lain lagi.

Info Tambahan :  Twinning Programmes Malaysia: 3 Cara Belajar Seperti Luar Negara

Maklumat lanjut

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh terus menghubungi pihak UPU di talian Hotline 03-88706767, Helpline 03-88706777, Talian Am 03-88706755/6766 atau e-mel : [email protected].

Semoga semakan rayuan UPU kemasukan IPTA dan Politeknik premier ini merupakan berita gembira yang dinantikan. Selamat Berjaya.

One thought on “Semakan Rayuan UPU ke IPTA dan Politeknik Premier 2012

  1. Kepada Tuan Dan Puan,
    Saya Devisree A/P Munusamy amat berminat dalam bidang perakaunan dan teringin untuk menyambung semula ijazah saya dalam bidang tersebut. Saya berharap saya dapat menyambung pelajaran dan rayuan saya dapat diluluskan. Bidang ini amat saya minati sejak kecil lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *