Semakan SMS Keputusan UPSR 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Debaran UPSR akan tiba tidak lama lagi, keputusan UPSR akan diumumkan pada 19 November 2012 iaitu kurang dari 3 hari lagi. Keputusan UPSR boleh disemak melalui sekolah masing-masing ataupun boleh secara SMS. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR ini merupakan peperiksaan besar pertama yang ditempuhi pelajar darjah enam untuk menentukan pencapaian sebenar untuk persediaan ke tingkatan 1 iaitu alam menengah mahupun diterima ke sekolah berasrama penuh.

Cara semakan SMS keputusan UPSR

Semakan keputusan UPSR boleh dibuat disekolah masing-masing. Namun demikian, bagi yang tidak sabar atau jauh dengan sekolah juga boleh membuat semakan melalui SMS. Untuk membuat semakan keputusan UPSR secara SMS bolehlah menaip UPSR [angkagiliran] dan perlu menghantar ke 15888. Semakan secara SMS akan mula dibuka pada :

  • 10.00 Pagi ( 19 November 2012 ) – Dibuka
  • 11.59 malam ( 25 November 2012 ) – Tutup
Semakan SMS Keputusan UPSR 2012 1
SMS UPSR

Diharapkan semakan keputusan UPSR yang diterima nanti merupakan berita gembira untuk kedua ibu bapa dan mampu memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran di tempat yang lebih baik mengikut pilihan masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *