Semakan Status Permohonan Ke IPTA/Politeknik Dan ILKA 2012

UPU

Sebelum ini calon telahpun membuat permohonan untuk ke IPTA, Politeknik dan ILKA untuk kemasukan 2012. Permohonan yang dihantar masih lagi boleh disemak status permohonannya. Status permohonan ini penting bagi memberikan rujukan kepada calon untuk membanding serta mengenalpasti kursus apakah yang dipilih didalam permohonan UPU sebelum ini.

Cara Membuat Semakan Status Permohonan UPU 2012

Semakan disediakan untuk beberapa kategori seperti :

  • Kemasukan ke IPTA/Politik Premier bagi lepasan STPM setaraf dan lepasan SPM setaraf
  • Kemasukan ke TEVT ( Politeknik ) dan IKLA bagi lepasan SPM setaraf dan lepasan Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM )

Untuk membuat semakan status perlu ke Portal rasmi UPU ataupun boleh terus ke Sistem Semakan Status Permohonan.

Tarikh Mendaftar diri ke Universiti atau Institusi 2012

Keputusan permohonan kebiasaanya akan keluar sekitar bulan 5 ini. Namun demikian tarikh sebenar keputusan permohonan UPU/politeknik/ILKA ini masih lagi belum dapat dipastikan. Maklumat keputusan permohonan UPU ini akan kami kemaskini apabila masa yang sesuai nanti.

Untuk makluman pemohon kategori dibawah, tarikh pendaftaran ke universiti atau Institusi sekiranya berjaya adalah sekitar tarikh berikut:

  • Program Sarjana Perubatan – 1 Jun 2012
  • Lepasan Matrikulasi/PASUM/Asasi Undang-undang – 1 dan 2 September 2012
  • Lepasan STPM/STAM/setaraf – 1 dan 2 September 2012
  • Lepasan SPM/Setaraf – Asasi 27 Mei 2012, Diploma 3 Jun 2012
  • Program Sijil dan Diploma Kemasukan ke TEVT (Politeknik)  dan ILKA – 1-15 Julai 2012

Diharapkan informasi ringkas ini berkaitan semakan status permohonan dan tarikh mendaftar diri ke IPTA dan Institusi lain untuk 2012 ini memberikan sedikit gambaran perjalanan proses permohonan UPU.

2 thoughts on “Semakan Status Permohonan Ke IPTA/Politeknik Dan ILKA 2012

  1. Sya nk pg sna utk berubah sya dh teruk sagt nie saya harap
    saya dapt pg

  2. Saya harap saya dpt pg ke pikn kerana nk ingin berubah mcm kwn saya yg lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*