Semakan Tawaran dan Rayuan Tingkatan 6 sesi 2013/2014

KPM

Info ini bagi memaklumkan bahawa semakan secara online tawaran tingkatan 6 dan juga rayuan telah dibuka mulai hari ini. Semakan ini adalah bagi calon lepasan SPM 2012 yang layak secara terus ditawarkan ke tingkatan 6 saluran sekolah sebelumnya.

Sudah lama bercuti, kini tiba masanya untuk anda menyambung pengajian kembali ke tingkatan 6. Mungkin akan hadir banyak pilihan selepas ini, kemungkinan anda juga layak ke matrikulasi, diploma, asasi atau bidang kemahiran lain. Dari tawaran yang datang anda perlu membuat pertimbangan dengan sebaik mungkin demi menjadikan cita-cita atau kejayaan anda masa hadapan. Bagaimana untuk memilih? Yang mana paling terbaik? Soalan itu selalu diajukan kepada kami, persoalan itu pernah kami jawab secara professional sebelum ini dan diharapkan anda melengkapkan banyak informasi sebelum membuat apa jua keputusan.

Tingkatan 6 bukanlah dianggap biasa, tingkatan 6 ini juga sama dengan pilihan-pilihan lain. Dengan mengikuti tingkatan enam ini juga calon mampu menjejakkan kaki ke universiti dan terus menuntut dalam ijazah sarjana muda. Dari segi kos dan tempoh pengajian juga menjimatkan kerana tempat pengajian adalah setempat dan juga tempoh pengajian tidak sampai 2 tahun. Tidak hairanlah tingkatan enam kini semakin mendapat sambutan dan juga mengalami perubahan membina seperti pelaksanaan peperiksaan secara modular, penambahbaikan sistem penyampaian dan kandungan akademik selari dengan komponen pra universiti iaitu ke Ijazah Sarjana Muda di IPT.

Semak Tawaran ke Tingkatan 6 Online

Untuk itu, silalah gunakan no kad pengenalan masing-masing untuk menyemak tawaran ke tingkatan 6 dalam aplikasi semakan tawaran tingkatan 6 ( http://apps.moe.gov.my/sst6/semakanrayuan2013/ ) yang disediakan KPM. Setelah semakan dibuat, pastikan anda mencetak surat tawaran yang dipaparkan. Surat tawaran itu penting kerana mengandungi maklumat penting pendaftaran dan perlu dibawa semasa hari pendaftaran nanti.

Rayuan Tingkatan 6

Bagi yang tidak berjaya, pilihan untuk membuat rayuan juga disediakan dalam aplikasi online semakan tawaran tingkatan 6.

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami terus ke email anda, Sila isi alamat email anda dibawah:

Delivered by FeedBurner


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

One thought on “Semakan Tawaran dan Rayuan Tingkatan 6 sesi 2013/2014

  1. Saya berminat nak sambung belajar form 6. Bapa saya sudah meningal.Tolonglah saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

MAKLUMAN : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.