Semakan Tawaran Tingkatan 6 2017-2018 dan Rayuan Tingkatan 6

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu semakan tawaran tingkatan 6 dan rayuan untuk sesi 2017/ 2018 telah dibuka, semakan boleh dibuat secara online melalui pautan yang disediakan. Calon boleh semak melalui no kad pengenalan masing-masing.

Semak Tawaran Tingkatan 6 ( Klik Sini )

Setelah semakan, sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran tersebut, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 02 Mei 2017.

Semakan tawaran tingkatan 6
Semakan tawaran tingkatan 6

MAKLUMAN PENTING :

  1. Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.
  2. Bagi calon yang mengambil SPM Ulangan 2017, permohonan rayuan ke Tingkatan Enam hanya boleh dibuat pada sesi kemasukan Tahun 2018.

Cara Mohon Rayuan Tingkatan 6

PANDUAN MENGISI BORANG T6BRU

  • Borang T6BRU ini adalah untuk murid membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Tahun 2017 kecuali Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
  • Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
  1. Keputusan peperiksaan SPM 2016;
  2. Sijil kelahiran;
  3. Kad pengenalan/ pasport;
  4. Sijil Berhenti Sekolah; dan
  5. Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Pengetua sekolah asal. Pengetua sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada Bahagian (kecuali sekolah menengah harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Mei 2017. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Lulus dalam peperiksaan SPM 2016 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan;
  2. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam manamana mata pelajaran lain, kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK).
  3. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am; dan
  4. Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik.
Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.

Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada semua calon mulai 16 Jun 2017.

Murid hendaklah melapor diri mulai 19 Jun 2017 dan selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari bekerja. Sekiranya calon tidak melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan, calon dianggap sebagai menolak tawaran.

Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Maklumat Penuh Rayuan

Sebenarnya ada banyak kategori permohonan rayuan tingkatan 6, sebaiknya anda rujuk maklumat lanjut rayuan yang disediakan ( Maklumat Lanjut )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *