Semakan UPU Online Lepasan STPM 2017/ 2018

Menerusi laman rasmi UPU, semakan UPU akan dibuka online untuk lepasan STPM setaraf bagi tahun 2017 / 2018. Saat yang dinanti akhirnya akan tiba bagi lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM dan setaraf dengannya kini apabila ia bakal dikeluarkan pada ogos ini. Menurut maklumat rasami UPU, tarikh keputusan UPU lepasan STPM akan dikeluarkan pada :

3 Ogos 2017 ( Khamis )

bermula 12 tengah hari

Semakan UPU

Semakan UPU

Semakan UPU Online

Semakan UPU lepasan STPM setaraf boleh mula disemak mengikut tarikh dan waktu yang telah ditetapkan melalui sistem semakan dan altenatif link semakan seperti dibawah :

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi – 5.30 petang.

atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/

Baca Juga :  Pelajar Kolej Vokasional Boleh Mohon Universiti

Permohonan Rayuan UPU Lepasan STPM

Untuk pengetahuan, rayuan juga dibuka bagi yang tidak berjaya mendapat tempat. Namun demikian, rayuan hanyalah kepada pemohon yang telah memohon sebelumnya.

Rayuan boleh dibuat dengan terus ke Laman rasmi UPU http://upu.mohe.gov.my/

Menarik :

Tarikh buka permohonan :

3 OGOS 2017(KHAMIS)

12.00 TENGAH HARI

Tarikh tutup permohonan :

7 OGOS 2017 (ISNIN)

11.59 MALAM

PERMOHONAN RAYUAN UPUONLINE HANYA DIBUKA SELAMA 5 HARI SAHAJA

Tips rayuan UPU

Kejayaan mendapat tawaran tertakluk memenuhi syarat dan kekosongan tempat. Pemohon dinasihatkan memohon program lain selain dari permohonan sebelumnya yang gagal. Pemohon juga dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam program- program kemahiran kerana peluang untuk belajar bidang kemahiran adalah sangat besar dan peluang pekerjaan juga adalah luas seperti di Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang lain.

Baca Juga :  Permohonan Pengajian Kemahiran MARA 2017

Permohonan menukar kursus

Setelah anda membuat semakan, sekiranya berjaya tetapi anda tidak minat kursus yang ditawarkan dan berhasrat untuk tukar kursus sebenarnya ia tidak dibenarkan. Hal ini kerana keputusan tawaran adalah terhad dan muktamad. Pemohon yang telah berjaya mendapat tawaran ke UA melalui BPKP tidak dibenarkan untuk memohon sebarang penukaran kursus yang lain.

Tagged with 

Apa Komen Anda :