Semua Orang Adalah Orang Kaya

Adakah anda orang kaya?? Bagaimana sebenarnya erti “ kaya “ yang sebenar? Adakah dengan mempunyai wang 1 Juta ringgit dikatakan kaya? Adakah dengan mempunyai kereta mewah dikatakan kaya? Atau rumah yang besar?

Bagaimana pula jika ada orang lain yang lebih hartanya berbanding anda? Adakah anda dikatakan miskin?

Semua Orang Adalah Orang Kaya

Percaya atau tidak, sebenarnya semua orang adalah orang kaya. Anda akan berasa anda kaya sekiranya anda bersyukur. Jika anda bersyukur, kedinginan malam adalah lebih nyaman berbanding penghawa dingin, Kedinginan dibawah pohon adalah lebih tenang berbanding tempat lain, Kesejukan air sungai adalah lebih menenangkan. Itu semua diberikan percuma untuk anda. Jika anda mensyukuri anugerah tersebut anda adalah orang kaya.

Menarik :

Tanda-tanda orang semakin “miskin” :

  • Hilang nikmat berehat
  • Hilang nikmat tidur lena
  • Hilang nikmat bersama ahli keluarga
  • Hilang nikmat bersama rakan-rakan
  • Hilang nikmat Ketenangan
  • Kualiti ibadah berkurang
  • Sentiasa susah hati
  • Bimbang dengan keselamatan
  • Tekanan kewangan meningkat
  • Nikmat alam semakin kurang dirasai

Masalah Kewangan

Ramai orang akan berpendapat miskin itu adalah kesempitan wang, sebenarnya kesempitan wang itu adalah salah satu dari penyumbang kemiskinan sebenar. Sebenarnya wang akan cukup sekiranya kita pandai mengurusnya. Kita dapat bezakan antara kehendak dan keperluan. Sekiranya kita tidak berupaya menguruskan kewangan dengan baik, duit 1 juta sekalipun tidak akan pernah cukup. Sedangkan ada orang lain yang sangat gembira dan tenang hidupnya dengan hanya berbekalkan ratusan ringgit sebulan. Perbezaan itu semua datang dari rasa syukur dan kekayaan dalam erti kata sebenar.

One thought on “Semua Orang Adalah Orang Kaya

  1. Penulisan yg baik sekali, ramai org skrg ni dah gila dengan duit tapi hakikatnya miskin.

Apa Komen Anda :