Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Kementerian Pelajaran

SAPS

Sistem SAPS ini merupakan sistem yang agak baru diperkenalkan. SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki.

Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR ( Actual Result ).

Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sisitem untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Proses memasukan data nama pelajar oleh guru kelas hanya satu kali setahun ( sekira tiada perubahan ) Manakala guru matapelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan, diakhirnya guru kelas atau yang berkaitan boleh mendapatkan salinan analisis peperiksaan yang telah dijalankan.

Satu sistem yang bagus berpusat ” One stop center ” tetapi kelemahan dia, oleh kerana berpusat, jika terlalu ramai orang akses ia boleh berlaku kesesakan trafik.

Ramai pengguna SAPS mengadu kepada saya tentang masalah untuk memasukkan data serta karenah merumitkan. Diharap pengguna bersabar, semoga sistem baru ini dikaji serta diperbaiki lagi kearah meringankan beban guru yang semakin mencabar kini.

Laman web SAPS ini boleh dicapai melalui http://sapsnkra.moe.gov.my

Update 27 Ogogs 2012 : Alamat web SAPS telah berubah kepada http://sapsnkra.moe.gov.my

 

 

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami terus ke email anda, Sila isi alamat email anda dibawah:

Delivered by FeedBurner


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

About fiziesss
Seorang yang tak pernah kenal erti mengalah selagi masih berupaya untuk berusaha, minat untuk membantu setakat mampu. ( Pengguna perlu teliti Syarat dan Terma sebelum menggunakan xpresi , Hak cipta terpelihara, tidak dibenar mengulang cetak dengan apa cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis penulis ) Saya dan xpresi.org tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan komen. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

39 thoughts on “Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Kementerian Pelajaran

  1. Salam sejahtera. Bagaimana pihak SAP dapat membantu bagi masalah keputusan peperiksaan anak yang silap dikunci masuk ke dalam sistem. Telah menghubungi hotline tetapi tiada jawapan. Keputusan tersebut adalah keputusan percubaan SPM dan ini sedikit sebanyak menjejaskan peluang beliau bagi tawaran kemasukan menggunakan keputusan percubaan. Terimakasih sekiranya ada maklumbalas

  2. guru pedalaman sabah says:

    payahlah nak masuk saps ni apa lagi yang kami dikawasan luar bandar rangkaian internit no 1 teruk kena tunggu sampai jam 1 pagi baru boleh buat kerja tak ada ke perancangan KPM nak naik tarafkan kesinambungan ict dikawasan pedalaman sabah bah kan bukan itu saja lain-lain tugasan online payah nak capai teruk sangat bagai manalah nak buat kerja tak buat kena tunjuk sebab apa yang terdaya hanyaitulah yang dibuat

  3. Assalamualaikum Tuan, Saya nak survay berkenaan dengan anak yang mana umurnya sekarang ni 5 tahun. Boleh ke bantu saya dengan soalan berikut:
    a).Bila saya boleh daftar untuk kemasukan darjah 1.
    b).Macam mana nak daftar anak secara on line.

    • Waalaikumussalam, kemasukan darjah 1 boleh merujuk pada sekolah rendah berdekatan tempat tinggal tuan. Pendaftaran online rasanya tiada, walaubagaimanapun di setakat ini sesetengah negeri seperti selangor mempunyai sistem pendaftaran secara online bagi kemasukan murid darjah 1.

  4. saya nak tanya kenapa sistem saps terlalu lama selenggara. ini merumitkan pihak sekolah yang hendak melaksanakan majlis anugerah cemerlang bagi tahun ini. terutama yang hendak melaksanakan hari anugerah pada 1 Nov 2012. harap dipercepatkan .
    sekian terima kasih.

  5. as salam. kenapa sehingga 27 nov saps asyik selenggara je. dari 25 nov lagi camni. camno nak key in marks kalau camni. dateline semakin hampir. harap para crew amik tindakan segera agar x manyusahkan kami para guru

  6. Normala Hassan says:

    salam,Saya guna nama saya dan pasword no ic,tp kenapa pergi ke guru SM Voksyenal di Kerian.Tak kan kami nama sama dan ic pun sama.Sila jelaskan.Saya malah boleh akses semua maklumat SM tu kalau mahu.Mcm mana ni.Pernah juga pergi ke SM dkt Pekan,Rompin Phg.Berapa ramai guru yg punya nama sama bt pun sama.Tp tak kan ic pun sama.Jgn kata saya salah tekan ic.Saya buat berulang2 kali sampai larut mlm.

  7. minta jasa crew saps sedia sistem saps yang diakses oleh su pep atau guru tingkatan untuk buat pembetulan jika ada kesilapan data murid
    kerana sekaran ADPM tak masalah data murid tetapi saps pulak ada masalah tapi tidak boleh buat sebarang pembetulan. susahnya asyik kena telefon helpdesk tetapi asyik number busy saja

  8. Kenapa pelajar yang dipadam dalam senarai muris apdm dan saps masih ada dalam marksheet dan slip keputusan pelajar

  9. salam,tuan knape sistem spas tu tak boleh nak semak kptusan spm 2011?yg ada cuma trial spm je

  10. Salam tuan,

    Ini berkaitan permohonan utk masuk form 1 MRSM secara on-line. Message sistem menghadapi masalah/sedang diselenggara

    Cadangan saya kalau tak boleh cope dgn trafic atau server tak cukup storage atau apa-apa masalah lain, baik buat manual & tidak menyusahkan rakyat.

    Wassalam

  11. salam Tuan borang kemasukan ke MRSM tingkatan satu 2012

  12. salam tuan saya menghadapi kesukaran untuk mencari borong permohonan kemasukan ke ting 1 2012 berbagai cara saya cuba tetapi gagal yg keluar mesti menggunakan versi 7 dan keatas setahu saya lap top saya menggunakan versi 7 juga tetapai gagal mengakses borang tersebut harap tolong tuan jelaskan

  13. Bila waktu sesuai untuk elak masalah online SAPS ni??

  14. Salam, kenapa SAPS tu offline sekarang? sy xdapat masuk pun..

  15. salam..mmg saps sekarang Under Maintenance ker..asyik kluar tu je bila klik…tgh mlm,awal pg pun still sama..

  16. lama lagi saps mengalami “site under maintenance”? Macamana nak key in markah cam ni….

  17. Salam, bila tarikh tutup isi SAPS ni? knape selalu oflfine..

  18. Banyak nya mahu dimasukkan.. cepat2..siapa lagi yg belum buat..

  19. Alamak, tarikh tutup dah makin hampir..susah la macam ni.

  20. npe lh x leh nk bukk minx2 lh bleh bukk !! amin..

  21. assalam. cuma nak bertanya…markah murid tahun1 2011 pun kena key in juga ke dalam saps sebab ada sekolah yg gb suruh key in juga????
    satu lagi kenapa maklumat tentang saps ni lambat sampai ke utara sbb bila tanya kwn2 di selatan semua dah selesai key in, utara baru buat penjelasan tentang saps …teringin nak nail lrt

    • Wsalam, kalau ikut kemudahan tu ada disediakan untuk sekolah rendah. Sistem ni kiranya baru kot ke sana..mungkin ada masalah dari segi penyampaian atau masalah lain kalau tidak sampai kesana. Untuk pengetahuan, pelaksanaan ni tak serentak. Macam ditempat saya lambat sikit dari negeri lain. Apa-apa pun tunggu sahaja arahan dari GB mungkin akan dipanjangkan oleh PPD tempat bertugas. :)

  22. SU peperiksaan, aku tengok sistem SAPS tu dah semakin baik. Nampak selalu ada penambahbaikan. Terima kasih pada pasukannya.

  23. slm semua,

    SAPS online ni memang aplikasi yang gagal mencapai objektifnya. Mereka yang bertanggungjawab membangunkannya dan menetapkan waktu pengisian markah merupakan golongan yang tidak tahu menghormati dan menghargai masa orang lain kerana seringkali apabila diakses, aplikasi ini gagal digunakan dengan sebaiknya.

    lebih menarik lagi terdapat pegawai JPN yang dipertanggungjawabkan memantau pelaksanaannya menyindir SU peperiksaan agar berhenti sahaja jika gagal melaksanakan tugas mengisi data dalam aplikasi SAPS online ini.

    Moga mereka yang terlibat meneliti dahulu aplikasi yang dibangunkan dan buat ujian rintis (cobaan) sehingga sistem ini benar-benar stabil.

    Janganlah hendaknya bak kata pepatah ‘gajah nak berak besar, kancil pun nak berak besar juga’. Ukurlah kemampuan server dan perkakasan yang berkaitan termasuk kemampuan laluan internet terlebih dahulu sebelum memperkenalkan sesuatu aplikasi online. Perbuatan ini menjadikan kita akan terus dipandang sinis oleh negara lain.

    sekian.

    • Salam, Ish..ada ke pegawai JPN ckp gitu..ini perlu diselidik..sbb kalau melibatkan sistem ni kita tak boleh paksa2 orang..sebab bila guna sistem ia melibatkan satu mesin sebagai orang tengah…Apa2 pun semoga segala kelemahan diambil sebagai pengajaran : )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

MAKLUMAN : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.