Sistem SPPBS Pentaksiran Berasaskan Sekolah LPM

SPPBS

Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPPBS lebih dikenali dengan SPPBS merupakan sistem pentaksiran yang dibuat LPM Lembaga Peperiksaan bagi memudahkan kemaskini serta memasukkan data prestasi murid berdasarkan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Sistem ini dibangunkan secara online boleh dicapai dimana sahaja lokasi mempunyai talian internet.

Sistem SPPBS ini adalah sistem berpusat bagi memudahkan urusan pentaksiran pelajar dan kemaskini dan memasukkan data prestasi pelajar yang mana ia boleh diakses secara online dan lebih sistematik. Apa sahaja bekenaan peperiksaan serta pentaksiran peperiksaan boleh terus diakses oleh setiusaha peperiksaan, guru matapelajaran, JPN, PPD  termasuk hal-hal berkaitan pendaftaran matapelajaran serta prestasi murid tersebut boleh disemak melalui SPPBS.

Pendek kata dalam SPPBS ini, segala berkaitan maklumat diri, termasuk kelas semasa atau sebelum ini termasuk juga sejarah prestasi seorang pelajar/murid dapat disimpan untuk rujukan serta di cetak apabila ia sempurna untuk masa depan nanti melalui SPPBS.

Untuk kajian dan perbandingan prestasi, statistik juga disediakan dalam SPPBS ini bagi mempermudahkan proses menambahbaik prestasi untuk akan datang dalam apa jua termasuk prestasi gred ataupun prestasi matapelajaran semasa.

Akses SPPBS Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

SPPBS boleh dicapai menerusi http://apps.moe.gov.my/sppbs . Keperluan perisian untuk mencapai sistem SPPBS adalah:

Pelayan web contoh

  • Internet Explorer versi 7.0 ke atas
  • Mozilla Firefox

Adobe Acrobat Reader (PDF Reader)

Manual Penggunaan SPPBS

Untuk kemudahan pengguna SPPBS, manual penggunaan juga disediakan yang mana ia boleh dimuat turun DISISNI

Sistem ini merupakan sistem yang agak baru, walaupun tujuannya adalah baik dan bermatlamat memberikan kemudahan, sistem SPPBS ini masih mempunyai kelemahan seperti kadangkala ia mengalami masalah untuk diakses. Ia mungkin disebabkan banyak data yang dimasukkan serta kadangkala ia mengalami masalah akses. Namun demikian, penambahbaikan terus dilaksanakan dan sebarang masalah boleh terus menghubungi meja bantuan di :

Meja Bantuan SPPBS :

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami terus ke email anda, Sila isi alamat email anda dibawah:

Delivered by FeedBurner


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

4 thoughts on “Sistem SPPBS Pentaksiran Berasaskan Sekolah LPM

  1. saya pelajar tingkatan 2,saya masih belum menerima slip kuputusan tingkatan 1.walaupun saya berjumpa dengan guru berkenaan.Bagaimana cara untuk mendapatkan slip saya.

  2. saya peajar tingatan 2 dari sekolah SMKA TAHAp JERANTUt….macam mne klau sya nak thu keputusan pbs..

  3. saya pelajar tingkatan 1 dari smk telok datok. tolong jelaskan di website mana dan bagaimana saya boleh mengetahui keputusan slip saya iaitu band yang saya perolehi.

  4. Saya pelajar Tingkatan 1 dari sekolah Smk Shahbandaraya.Ingin saya mengetahui cara yang boleh saya lakukan untuk melihat slip keputusan saya,iaitu band berapa yang telah saya perolehi.Kalau boleh tolong menjelaskan di website mana dan bagaimana.Sekian Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*