Sistem Standard Guru Malaysia SGM Kementerian Pelajaran

Apa itu Standard Guru Malaysia SGM

Kementerian Pelajaran KPM membuat satu sistem penilaian iaitu Sistem Standard Guru Malaysia SGM bagi membantu penilaian instrument, menambahbaik melalui Instrument SGM Sistem Standard Guru Malaysia meningkatkan lagi professional bidang pendidikan.

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Laman Utama SGM Standard Guru Malaysia

Untuk mengakses sistem, Setiap guru hendaklah memasukkan no kad pengenalan masing-masing di

http://apps1.moe.gov.my/sgm

Rasional Mewujudkan SGM Standard Guru Malaysia

  • Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,
  • Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,
  • KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan
  • Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

Tujuan SGM Standard Guru Malaysia

Terdapat 2 tujuan utama dalam penerapan SGM Standart Guru Malaysia

  • mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
  • mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.

Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

Sumber : http://www.moe.gov.my/sgm/

Diharapkan sedikit pengenalan, tujuan serta rasional SGM Standard Guru Malaysia  ini memberikan kemudahan kepada pelawat. Setiap apa sahaja yang dilaksanakan mempunyai baik dan buruknya.

One thought on “Sistem Standard Guru Malaysia SGM Kementerian Pelajaran

  1. ZULKIFLI AB LATIFF says:

    SGM

    TQ KPM telah memberi ruang kepada warga pendidik dalam banyak perkara tetapi dukacita ada sesetengah pegawai di KPM termasuk pegawai sokongan kerap melayanan guru yang datang ke pejabat seperti bukan seorang guru yang satu ketika dahulu sama dan setaraf dengan mereka. Kesederan ini perlu diberi perhatian oleh KPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*