SSDM Login KPM Sekolah Menengah dan Rendah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Sistem Sahsiah Disiplin Diri Murid SSDM adalah secara online melalui login khas yang ditetapkan. SSDM ini meliputi sekolah menengah dan rendah. Masalah disiplin di kalangan murid semakin serius dan sering diperkatakan. Pelbagai kes telah banyak dilaporkan daripada pihak sekolah. Sehubungan itu, Kementerian pelajaran Malaysia telah mengambil langkah berhemah, dengan melaksanakan satu sistem Sahsiah Disiplim Diri Murid yang lebih dikenali dalam bahasa singkatannya sebagai SSDM. Perlaksanaan sistem ini merupakan salah satu cabang kepada modul oengurusan murid yang telah dijalankan secara atas talian (online). https://ssdm.moe.gov.my/

SSDM
SSDM

Dengan adanya sistem sahsiah disipilin murid (SSDM) ini, bertujuan untuk meningkatkan amalan nilai-nilai murni serta memupuk nilai moral di kalangan murid-murid sekolah yang merupakan bakal pemangkin negara pada masa hadapan kelak.

Info Tambahan :  Pakej 5G Rahmah: Internet Pantas Telefon Pintar Mampu Milik 2023

Wujudnya sistem ini, pihak sekolah dapat membantu serta meningkatkan tahap kecermerlangan dalam membentuk budi pekerti murid.

Pihak sekolah dikehendaki mengisi kehadiran murid ponteng setiap minggu pada sistem sahsiah disiplim murid (SSDM) secara online. Hal ini bagi memudahkan pihak sekolah memantau masalah disiplin di kalangan murid dan memudahkan juga pihak sekolah untuk menangani masalah-masalah tersebut.

Berikut merupakan tujuan Sistem Sahsiah Disipin Diri Murid (SSDM) dilaksanakan terhadap murid-murid sekolah bagi membantu pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin yang ditimbulkan oleh mereka.

  1. Penambahbaikan SSDM yang telah sedia ada
  2. Membantu pihak sekolah dalam memberikan hukuman selaras dengan pekeliling ikhtisas juga perturan-peraturan yang telah sedia ada.
  3. Memantapkan pengurusan disiplin selari perkembangan dunia teknologu maklumat dan komunikasi
  4. Membantu murid-murid yang telah melakukan kesalahan disiplin mendapat bantuan sepenuhnya daripada guru bimbingan dan kaunseling sekolah.
  5. Menjalin rangkaian kerja di antara pihak sekolah, murid-murid dan juga penjaga.
  6. Pangkalan data disiplin murid dengan pelbagai bentuk laporan.
Info Tambahan :  Pakej 5G Rahmah: Internet Pantas Telefon Pintar Mampu Milik 2023

Diharapkan, melalui sistem sahsiah disiplin murid ini mampu mengatasi segala masalah tingkah laki di kalangan murid sekolah yang semakin menular dari semasa ke semasa. Pembetukan jati diri kepada murid sekolah tidak kira sekolah rendah mahupun menengah dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Bagi mendapatkan makluman yang lebih terperinci berkenaan sistem sahsiah disiplin murid (SSDM), anda boleh memperolehi melalui laman web https://ssdm.moe.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *