SSO KPM Egtukar Perpindahan Guru Single Sign On

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Single sign on adalah sistem yang berhubung dengan egyukar, SSO KPM egtukar merupakan dari pecahan pelbagai lagi online sistem yang terdapat dalam SSO KPM. Untuk pengetahuan, kemudahan SSO KPM ini memberi kemudahan kepada pengguna untuk menggunakan 1 sahaja maklumat login untuk pelbagai sistem Online yang ada di sistem KPM.

Kandungan sistem dalam SSO KPM

SSO melibatkan 3 pengguna iaitu pelajar, guru dan sekolah:

Modul Pengurusan Sistem Terlibat
Pelajar APDM

SSDM

eSPBT

Guru eOperasi

eGtukar

eGraduan

eProfil

ePrestasi

ePangkat

ePelepasan

Tatatertib

PTM

Sekolah EMIS

SSO KPM Egtukar

Keputusan Egtukar akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini, ramai juga pengguna yang bertanya tidak dapat login ke sistem eGtukar. Sebenarnya jika anda terus login ke sistem kemungkinan password anda tidak sama dengan yang didaftarkan di SSO sebelum ini. Mungkin sebab itu anda tidak boleh mengakses eGtukar. Oleh demikian, anda perlu menggunakan SSO KPM untuk masuk ke egtukar. Untuk menggunakan SSO KPM, anda perlu login ke SSO KPM dan memilih egtukar. Sistem akan membawa anda ke laman rasmi egtukar tanpa perlu login lagi.

Alamat Sistem Pengurusan Sekolah SSO KPM ialah : https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php

Setelah anda login ke SSO KPM silalah ke butang menu yang terdapat di sebelah kiri, selepas itu anda pilih Pengurusan Guru dan klik pada butang eGtukar untuk akses terus ke eGtukar anda.

SSO KPM
SSO KPM

Bagaimana dengan keputusan pertukaran anda? adakah kali ni ia berita gembira untuk anda dan keluarga? ataupun ia memang sentiasa berstatus ” Dukacita ” mungkin bukan rezeki anda lagi, jangan mengalah dan berusahalah selagi ada ruang dan peluang. Moga penulisan ini bermanfaat.

One thought on “SSO KPM Egtukar Perpindahan Guru Single Sign On

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *