Stress kerja, masalah keluarga kaitan masalah sosial

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Dunia kini sedang hangat mengejar pangkat, harta, nama, termasuk juga kerja-kerja yang semakin tertekan hasil dari manipulasi ramai orang yang idamkan pujian dan kekayaan. Sehinggakan tiada lagi titik noktah untuk kecukupan dalam mencari harta didunia ini yang sentiasa menekan kehidupan. Kesibukan ini ditambah lagi dengan tekanan hidup dinilai, pemantauan yang mempunyai item-item yang banyak untuk dipenuhi. Tanpa kita sedari kerja-kerja ini sebenarnya mempunyai rantaian yang ganas untuk kita renungkan. Rantaian ganas itu akan dibincangkan pada minggu hadapan. Pada minggu ini, hasil dari kesibukan yang terbit. Pernahkah anda terlambat mengambil anak anda?pernahkah anda murung dirumah?pernahkah anda memarahi ahli keluarga kerana tekanan ditempat kerja?pernahkah anda tidak cukup masa  baring-baring bersama anak?pernahkah anda melihat kerja sekolah anak?pernahkah anda makan bersama keluarga dan pernahkah anda berkesempatan mengaji dan berjemaah bersama keluarga? bagi insan yang sibuk dengan kerja..hanya sedikit sahaja yang dapat di penuhi..
Sedarkah kita bahawa semua itu boleh meningkatkan masalah sosial anak, isteri, suami dan jika melarat boleh meningkatkan masalah sosial negara?. Penyelesaian masalah seharusnya ditangani dari akar umbi. banyak kajian yang dibuat membuktikan sebenarnya keluargalah kunci untuk mengurangkan masalah sosial dan perlanggaran disiplin.
Dapatan  kajian  oleh  Bahagian  Sekolah, Kementerian  Pendidikan  Malaysia (1993), merujuk  punca  salah  laku  di  kalangan  pelajar  disebabkan  oleh pelbagai  faktor. Faktor keluarga merupakan penyumbang tertinggi dalam peningkatan tingkah laku devian dan anti sosial. Kajian yang telah dijalankan pada tahun 1993, menunjukkan bahawa 81.03  peratus  pelajar  melakukan  kesalahan  kerana  faktor  kekeluargaan,  4.10 peratus  disebabkan  oleh  rakan  sebaya dan 1.24 peratus  disebabkan  oleh faktor persekolahan (Dewan  Masyarakat, April, 1995). Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Mengikut Hoffman (1996), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Kajian-kajian terdahulu di Malaysia dan di barat telah menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan yang baik telah dikaitkan dengan kesejahteraan hidup remaja dari aspek-aspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku seks, dan pencapaian akademik (Fatanah, 1997).

Kegagalan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak juga dilihat sebagai salah satu faktor berlakunya tingkah laku devian. Latar belakang tingkah laku anti sosial adalah kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak konsisten semasa kanak-kanak (Jacobvitz  et al., 1996). Kebanyakan tingkah laku anti sosial remaja juga berpunca daripada kegagalan cara gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga (Jacobvitz et al., 1996, Vuchinich, 1992).

Kajian-kajian membuktikan betapa faktor keluarga mempengaruhi hasil tingkahlaku ahli dalam keluarga. Oleh itu, kesedaran perlu bukan sahaja dari diri individu, malahan organisasi, majikan serta mana-mana kepimpinan. Seharusnya untuk memperbaiki masalah dan bertambahnya peningkatan graf masalah sosial ini dapat dikurangkan dengan tidak memberikan kerja, tekanan yang begitu banyak kepada pekerja-pekerja dibawahnya. Seharusnya didalam mesyuarat, kertas cadangan, atau apa sahaja usaha pembaikan kualiti bukanlah mengandungi usul yang sentiasa menambahkan kerja. sebaliknya, setiap mesyuarat dan aktiviti-aktiviti pembaikan haruslah mengandungi usul-usul, idea-idea untuk meringankan, memendekkan, meringkaskan kerja yang sedia ada. tanpa mengurangkan kualiti kerja.

Insan semua, sedarlah.  Ramai orang asik merancang dan merangka idea baru untuk mendapat nama dan kekayaan, Menyebabkan kerja sentiasa baru, kerja yang baru dan baru, sedangkan yang lama tidak dilupuskan. Bayangkan setiap masa ia akan bertambah dan bertambah. Siapakah yang akan berfikir idea untuk ringan kan beban kerja? Kitalah yang sayangkan bumi ini, Khalifah yang diamanahkan, tak salah jika kita mengemukakan idea-idea untuk kurangkan kerja ramai orang dibawah kita..

Tindakan memudahkan kerja dan mengurangkan tekanan ditempat kerja ini sebenarnya banyak pengertiannya. Besar pahalanya, sesungguhnya balasan pahala diberi kepada Insan yang memudahkan kerja seseorang. Secara langsung ia dapat memberikan kecukupan pemimpin rumahtangga untuk bersama anak, isteri mahupun suami. sekaligus dapat mengeratkan hubungan dan meningkatkan kesedaran sivik anak-anak hingga mengurangkan masalah sosial. Siapa lagi yang mengurangkan kerja orang, Kitalah sebagai insan yang cintakan kedamaian dan ketenangan…

Rujukan

Dewan  Masyarakat (1995). Tingkah  Laku  Delinkuen. 9 –12.

Fatanah Mohamed. (1997). Kajian Terhadap Masalah Peribadi Pelajar-pelajar Sekolah
Berasrama Penuh dan Tidak Berasrama Penuh di Pengkalan Chepa. Disertasi
Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hoffman, L. (1996). Progress and Problems in The Study of Adolescence. Developmental
Psychology, 32, 777-780.

Jacobvitz, D.B., dan Bush, N.F. (1996). Reconstructions of Family Relationships :
Parent-Child Alliences, Personal Distress, and Self Esteem. Developmental
Psychology, 32(4), 732-743.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Laporan Disiplin 2001. Unit Hal Ehwal Murid.

Vuchinich, S. (1992). Parenting, Peers and The Stability of Antisocial Behaviour in
Preadolescent Boys. Developmental Psychology, 28, 510-521.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *