Syarat Kemasukan SBP Baru 2017

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
SBP
SBP

Satu sidang media dikeluarkan mengenai syarat minimum sebagai syarat kemasukan SBP 2017. Hal ini kerana keperluan syarat minimum dikurangkan berikutan keputusan UPSR sebelum ini yang menyukarkan calon untuk mencapai syarat minimum yang ditetapkan.

Menurut Sumber Berita Harian, Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baru kemasukan pelajar ke tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kepada 3A dan 3B dalam ujian UPSR pada tahun depan.

Kenyataan ini dibuat sendiri oleh Ketua Pengarah, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof, perubahan syarat itu dibuat berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan baharu bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.

Info Tambahan :  11 Panduan Terbaik Untuk Skor dalam Biasiswa

Menurutnya lagi, “Bagaimanapun, kedudukan pemilihan dan penetapan murid di SBP tidak bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata kerana kita juga akan mengambil kira skor merit akademik serta Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

“Malah, pentaksiran sekolah dan pentaksiran psikometrik juga akan dijadikan sebagai rujukan utama dalam saringan pemilihan murid ke SBP,” Kenyataan dibuat pada sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dan Microsoft Malaysia (Microsoft) di Putrajaya. Sumber Berita HarianĀ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *