Tarikh dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2012

Karnival Kerjaya Mara 2012

Informasi ini adalah bekenaan dengan penganjuran Karnival Pendidikan MARA atau pameran kerjaya bagi tahun 2012. Penganjuran seumpama ini adalah kali yang ke 13 yang dilaksanakan diseluruh negara termasuk sabah dan Sarawak mengikut tarikh dan lokasi yang ditetapkan.

Tujuan penganjuran Karnival Kerjaya MARA 2012

Karnival Kerjaya ini adalah untuk menyalurkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya bagi memastikan golongan pelajar dan belia serta graduan dapat membuat pilihan bijak menentukan halatuju kerjaya pada masa depan. Selain itu juga ia penganjuran ini menjadi penghubung bagi memudahkan urusan Institusi  Pendidikan MARA (IPMa), IPTA/S serta majikan untuk mendekati kumpulan sasar dengan mempromosi kursus-kursus dan program pengajian sedia ada dan baru yang ditawarkan di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama, Profesional serta Pasca Siswazah terutama dalam 12 Bidang Utama Negara (NKEA).

Baca Juga :  Permohonan MRSM 2017 Rebut Peluang

Informasi Pameran Pendidikan MARA 2012

  • Kira-kira 400 buah institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara akan mengambil bahagian dalam KPM 2012
  • Informasi berkaitan kemudahan penajaan atau penganjuran pelajaran, penyemakan baki pinjaman serta program-program terkini MARA
  • Terdapat juga Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka di lima buah lokasi iaitu di Melaka, Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu dan Perak. Majikan yang mengambil bahagian juga akan mengadakan sesi temu duga terbuka bagi pengambilan pekerja di samping mengadakan beberapa siri seminar kerjaya meliputi tips atau panduan mencari kerja, etika menghadiri temu duga dan soft skills yang diperlukan untuk menghadapi temu duga.
  • Lebih 50 ruang pameran bakal disertai oleh majikan dan syarikat yang menawarkan peluang kerjaya dalam bidang berkaitan dengan NKEA. Pengunjung yang berminat untuk menghadiri temu duga terbuka dikehendaki membawa resume dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2012

  • Melaka ( Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh) 10 & 11 Mac 2012
  • Kuala Lumpur (Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 17 & 18 Mac 2012
  • Kedah ( Stadium Sultan Abdul Halim , Alor Setar ) 20 & 21 Mac 2012
  • Pahang (Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan ) 24 & 25 Mac 2012
  • Kelantan (Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu ) 28 & 29 Mac 2012
  • Terengganu (Terengganu Trade Centre,Kuala Terengganu ) 4 & 5 April 2012
  • Perak (Stadium Indera Mulia, Ipoh ) 7 & 8 April 2012
  • Sarawak (Stadium Indera Mulia, Ipoh ) 11 & 12 April 2012
  • Sabah ( Suria Sabah, Kota Kinabalu ) 14 & 15 April 2012
Baca Juga :  Jom Masuk Tentera Pengambilan Tentera 2016/ 2017

Antara Aktiviti Yang Menarik

Menarik :

  • Pameran Pendidikan IPTA, IPTS tempatan dan luar negara
  • Institusi Pendidikan MARA (IPMa )
  • Yuran Pengajian PERCUMA di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) terpilih
  • Peluang Penajaan dan Pembiayaan Pelajaran MARA untuk calon yang layak
  • Elaun Bulanan untuk calon yang layak
  • Kaunseling Pendidikan dan Kerjaya
  • Pinjaman Pendahuluan untuk calon yang layak
  • Permohonan Terus dan Temuduga Terbuka
  • Semakan Baki Tunggakan  Pinjaman MARA
Baca Juga :  Permohonan USM Ijazah Sarjana Muda 2016/ 2017

Diharapkan informasi ini berguna bagi membantu dalam halatuju serta kerjaya calon lepasan peperiksaan awam serta lepasan universiti yang ingin melanjutkan pelajaran ataupun mencari peluang pekerjaan.

Sumber  : MARA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *