Tarikh Pengesahan SBPA Dilanjutkan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Banyak betul cerita tentang SBPA ni, ada yang mempunyai pandangan dan kritikan tersendiri, yang pasti ramai yang bersetuju dengan SBPA dan ada juga yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan SBPA ini. Kini saya banyak mengkaji baik buruk SBPA ini untuk membantu rakan-rakan yang mengalami masalah pilihan untuk memilih atau tidak skim SBPA yang ditawarkan masing-masing.

Kebanyakan yang mempunyai masalah ialah bimbang dan buntu untuk memilih SBPA ditambah lagi tarikh tutup pengesahan ialah sebelum 31 DIsember 2011. Namun demikian, CUEPACS sebuah badan yang menjaga kebajikan kakitangan Awam telah membuat rundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam pada 23 Disember 2011 dengan membawa beberapa tuntutan demi kebajikan kakitangan awam dimana salah satu tuntutan ialah inginkan tarikh akhir pengesahan penerimaan SBPA dilanjutkan.

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

Oleh demikian, JPA telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh pelanjutan opsyen SBPA ialah sebelum 15 Januari 2012 sementara opsyen persaraan paksa ke 60 tahun kekal pada 30 Disember 2011.

Diharapkan peluang yang ada diberikan masa yang lebih untuk kakitangan awam membuat penilaian berkaitan pemilihan SBPA ini. Bagi kakitangan pendidikan, ada yang bersyukur kerana mempunyai masa untuk berbincang dengan rakan sejawat lain apabila sekolah dibuka nanti.

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *