Mungkin ramai yang menunggu permohoan IPG untuk permohonan PISMPĀ 2017 / 2018. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP juga diminati ramai kerana ia menawarkan pengajian perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar masa akan datang. Jika sebelum ini lepasan IPG PISMP ini mudah untuk ditempatkan ke sekolah seluruh malaysia. Sejak akhir ini ia juga memberi penempatan walaupun sedikit sebanyak mengalami kesukaran dalam isu penempatan ini. Untuk pengambilan kali ini, pasti ia lebih ketat dan melalui pelbagai tapisan bagi meningkatkan lagi profesion perguruan.
Tarikh Permohonan IPG
Untuk pengetahuan, permohonan IPG akan dibuka tidak lama lagi. Media massa mula mengeluarkan iklan tarikh permohonan IPG untuk kursus PISMP 2017/ 2018 ini.
20 Mac 2017
Tarikh 20 Mac 2017 dipilih untuk permohonan PISMP dan segala maklumat dan syarat permohonan akan mula boleh diketahui apabila permohonan dibuka nanti. Kesemua maklumat penting permohonan akan mula dikeluarkan pada tarikh bekenaan di laman rasmi KPM iaitu http://www.moe.gov.my/
Tarikh tutup permohonan pula enam hari selepas itu iaitu 26 Mac 2017.
Diharapkan pemohon yang berminat bersedia dan maklum dengan permohonan yang akan dibuka nanti.
Permohonan PISMP 2016
Jika anda ingin membezakan syarat permohonan tahun lepas, bolehlah rujuk gambar yang diberikan dibawah. Perlu diingatkan ia adalah maklumat tahun lepas, tahun ini mungkin berbeza dan ia akan mula dikeluarkan 20 Mac ini.