Tarikh Permohonan UPU dan Kemasukan 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Menjawab soalan pelawat bila pemohonan UPU dibuka dan bilakah kemasukan atau pengajian dibuka. Maklumat yang diterima, permohonan dibuka tidak sama tarikhnya dari tahun-tahun sebelum ini. Menurut sumber, permohonan UPU akan dibuka pada tahun hadapan iaitu sekitar Januari 2013.

Pembelian Nombor Pin UPU

Pembelian nombor pin untuk lepasan SPM 2012 akan mula boleh dibuat apabila keluar iklan mengenai permohonan pada  7  januari – 15 April 2013. Pembelian nombor pin boleh dibuat melalui kaunter BSN berhampiran dan perlu digunakan semasa memohon di Sistem permohonan UPU yang akan dibuka nanti.

Info Tambahan :  Pusat Tuisyen KAMI: Membangun Peluang Melalui Pendidikan Berkualiti

Tarikh kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi IPT

Sekiranya permohonan berjalan lancar dan permohonan diterima, panggilan akan dibuat dan sesi kemasukan akan bermula pada jun 2013 bagi lepasan SPM / setaraf manakala September 2013 adalah bagi lepasan STPM/ Setaraf.

Golongan yang boleh memohon

Menurut sumber, permohonan yang akan dibuka pada januari 2013 nanti adalah untuk lepasan SPM/ sijil/ setaraf dan STPM/ Diploma/ Asasi /setaraf.

Diharapkan gambaran tarikh permohonan ke UPU ke IPT ini memberikan sedikit maklumat dalam perancangan memohon apabila menamatkan peperiksaan Awam masing-masing. Sumber – UPU

49 thoughts on “Tarikh Permohonan UPU dan Kemasukan 2013

  1. sekiranya sya telah terlepas membeli pin upu fasa pertama..masihka ada lagi pin upu fasa kedua utk ambiln kedua dijual

    1. Apa yang boleh saya bantu?maaf sebab kami tidak dapat menyemak pertanyaan sebelumnya kerana berlaku lambakan pertanyaan yg banyak..

  2. Boleh tak kalau saya yang sedang belajar di ipta, ingin berhenti belajar disitu atas sebab sebab tertentu dan boleh kah saya buat permohonan baru dengan upu? Sy buntu sekarang…..tolong saya

  3. salam… saya akan tamat pengajian peringkat diploma dipoliteknik pada bulan 5 2013.. adakah saya layak untuk memohon upu bg pengambilan sept 2013?

  4. salam,, please3 jawab soalan sy ni ea..
    saya pelajar lepasan sijil kolej komuniti tahun 2012, saya ada baca bg lepasan kolej komuniti tak perlu memohon secara online melalui UPU ? (saya tak faham yg tu boley jelaskan ta ^^)
    n ada tak borang untuk lepasan cm sy ni..mean send by pos o online.please3 jawab,, email pun boley,,blog pun ok ^^
    need ur help

    1. Salam, maaf lambat jwb..kami menghadapi lebih dari ratusan pertanyaan sehari.. untuk soalan saudara/i, ia bergantung pada kelulusan terakhir saudara/i masa di kolej komuniti.. Kalau sijil tengok dulu tahap apa.. kalau sijil modular kne la habiskan dulu tahap2nya sehingga dapat sijil kemahiran. Kalau dah ada sijil kemahiran barulah boleh mohon melalui UPU.

  5. Hi, sypelajar lepasan spm 2010. tapi sampai sekarang sy tak pergi belajar lagi atas sebab kewangan yang tak brape nak stabil. but now, sy nak mohon ke ipta. masih ada peluang lagi ke untuk sy mohon upu ni?

  6. nak tya kalau time ni IsyaAllah sem last blh tak apply guna result sem 5 ?? diharap ada yang dapat jawab .. thanks 🙂

  7. saya bekas pelajar spm 2011.sy ingin membuat permohonan untuk kolej komuniti..macam mana mahu memohon dalam online?

  8. Salam,saya nak tanya,saya graduan diploma graphic n design dari segi kolej.saya masih belum buat MUET.boleh tak apply masuk untuk ijazah sambil membuat MUET

    1. Salam,saya nak tanya,saya graduan diploma graphic n design dari segi kolej.saya masih belum buat MUET.boleh tak apply masuk untuk ijazah sambil membuat MUET di UITM S.Alam2z54

  9. saya baru menamatkan diploma di politeknik.jika saya memohon adakah kemasukan dan cara pemohonan juga sama seperti pelajar spm/ stpm?

  10. saya mempunyai kelulusan diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Layakkah saya memohon IPG dalam bidang yang sama? BILA IKLAN AKAN DIKELUARKAN

  11. saya adalah pelajar lepasan diploma dan saya ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.adakah tarikh pembelian no .pin itu juga pada bulan januari ini? dan bilakah tarikh kemasukkannya

  12. salam. saya baru shj selesai menduduki spm 2012. tetapi sy telah terbeli nombor pin pd 5.12.2012, Adakah saya perlu membeli nombor pin yg baru pd bulan Januari nanti? dan mengabaikan nombor pin yang ada skrg?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *