Tarikh Rayuan, Keputusan TEVT dan Kemasukan Ijazah UPU 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Tarikh Rayuan, Keputusan TEVT dan Kemasukan Ijazah UPU 2012 1
Upu

Kami banyak menerima soalan berkaitan bila keputusan lepasan SPM untuk ke politeknik konvensional, keputusan rayuan ke IPTA/Politeknik Premier dan Tarikh semakan ke peringkat ijazah bagi lepasan STPM, matrikulasi setaraf dalam UPU. Untuk itu juga kami ingin memperingatkan bahawa tarikh tutup rayuan adalah hari ini. Bagi yang belum membuat apa-apa tindakan haruslah segera membuat keputusan samaada untuk membuat rayuan atau tidak. Menurut staff dari UPU anggaran tarikh-tarikh seperti dibawah mungkin penting untuk perancangan dan keputusan memilih pengajian calon:

  1. Tarikh tutup rayuan pelajar lepasan SPM mohon ke IPTA/Politeknik Premier18 Mei 2012.
  2. Tarikh hebahan keputusan permohonan pelajar lepasan SPM ke TEVT(Politeknik konvensional)/ILKA30 Mei 2012.
  3. Tarikh keputusan rayuan pelajar lepasan SPM mohon ke IPTA/Politeknik PremierMinggu ke dua Jun 2012.
  4. Tarikh hebahan keputusan permohonan pelajar lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/ setaraf ke program ijazah IPTAMinggu ke dua Julai 2012.
Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

Sebagai rumusan, rayuan masih lagi boleh dibuat terutama yang ingin ke IPTA ataupun Politeknik Premier iaitu polteknik yang lebih elit yang mana tidak menawarkan kursus sijil hanya menawarkan kursus diploma, diploma lanjutan serta ijazah. Rayuan yang dibuat akan keluar pada minggu ke dua Jun 2012.

Bagi lepasan SPM yang hendak ke Institut pendidikan dan vokasional TEVT keputusan akan keluar hujung bulan ini.

Akhir sekali, bagi lepasan STPM, matrikulasi, asasi, Diploma yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya iaitu Ijazah Sarjana Muda di IPTA, bolehlah menyemak pada minggu ke dua Julai 2012.

4 thoughts on “Tarikh Rayuan, Keputusan TEVT dan Kemasukan Ijazah UPU 2012

  1. SY SEM AKHIR DIPLOMA, SY INGIN MELANJUTKAN KE IJAZAH BAGAIMANA CARANYA UTK SY MASUK K IPTA? KERANA INTAKE UTK IJAZAH SUDAH TAMAT. BOLEH SY TAHU INTAKE AKAN DTG BILA?DAN APE YANG PERLU SY BUAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *