Tarikh Semakan Kemasukan Tingkatan 6 KPM 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi yang berminat ke tingkatan enam 6, tidak lama lagi keputusan ke tingkatan enam akan mula boleh disemak. Bagaimana dengan cuti? Adakah anda dah puas hati bercuti? Jika sebelum ini anda berhabisan berjuang untuk SPM 2012 dan kini bercuti hampir 4 bulan. Tidak lama lagi semakan dan keputusan ke tingkatan 6 akan keluar pastinya anda akan mulakan harapan dan usaha baru untuk mencapai keputusan cemerlang STPM pula yang mana ia lebih penting kerana melayakkan anda untuk mengambil ijazah sarjana muda nanti.

Bila tarikh semakan tingkatan 6?

Untuk pengetahuan, semakan nama yang layak ke tingkatan 6 akan mula boleh disemak pada 24 April 2013 ( rabu ). Semakan boleh dibuat di laman rasmi Kementerian Pelajaran dan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut di sekolah anda sebelum ini.

Info Tambahan :  Twinning Programmes Malaysia: 3 Cara Belajar Seperti Luar Negara

Sudahkah anda bersedia?

Menjadi seorang pelajar tingkatan enam bukanlah sesuatu yang boleh dianggap biasa. Hal ini kerana tingkatan 6 kini lebih kelainan dari sebelumnya. Tingkatan 6 telah dinaiktaraf dan kini mengamalkan peperiksaan mengikut modular. Tingkatan enam kini lebih setaraf dengan pengajian universiti atau matrikulasi. Tidak hairanlah ia lebih popular dipanggil Pra-U. Oleh demikian, bersedialah dan berusahalah untuk sekali lagi peluang yang diberikan. Peluang ini mungkin tidak akan datang lagi, pastikan suatu hari nanti anda mampu ke menara gading.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *