Tawaran Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2012 YTM

Tawaran Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2012 YTM

by fiziesss on March 30, 2012

YTM

Bagi yang layak dan berminat memohon biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Telekom Malaysia. Permohonan dibuka untuk pelajar cemerlang, mempunyai personaliti yang baik dan aktif dalam bidang ko-kurikulum untuk memohon Biasiswa Yayasan TM bagi mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Dalam dan Luar Negara.

Biasiswa ditawarkan termasuk bidang/kursus Kejuruteraan, Pengurusan dan Teknologi Maklumat peringkat pengajian seperti berikut:

  • Biasiswa Persediaan ke Luar Negara
  • Biasiswa Pra Universiti Program Alpha di Universiti Multimedia (MMU)
  • Biasiswa Diploma di Universiti Multimedia (MMU)
  • Biasiswa ljazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA

Syarat Permohonan  Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia

Biasiswa Persediaan ke Luar Negara

  • Terbuka kepada calon lepasan SPM sahaja.
  • Calon hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya 8 A dalam keputusan peperiksaan SPM termasuk 5 subjek wajib bagi kursus yang di pohon.

Biasiswa Pra Universiti di Universiti Multimedia (MMU)

  • Terbuka kepada pelajar lepasan SPM yang ingin mengikuti pengajian di MMU sahaja.
  • Memperolehi keputusan SPM sekurang-kurangnya 4 A- 1 B dalam mana-mana 5 subjek wajib mengikut kursus yang di pohon.

Biasiswa Diploma di Universiti Multimedia (MMU)/ Kolej Multimedia (MMC)

  • Terbuka kepada pelajar lepasan SPM atau telah mendaftar dan sedang mengikuti pengajian di MMU/MMC.
  • Memperolehi keputusan SPM sekurang-kurangnya B dalam semua subjek wajib mengikut kursus yang di pohon atau PNGK 3.00.

Biasiswa Ijazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

  • Terbuka kepada pelajar lepasan diploma, matrikulasi, Alpha MMU, STPM atau yang setaraf dengannya.

**Sila gunakan keputusan PNGK terkini sekiranya keputusan akhir pengajian semasa belum di perolehi

Institusi yang disyorkan

Institusi Pengajian Luar Negara

Sila rujuk Senarai Institusi luar negara yang dikemaskini disini.

Institusi Pengajian Tempatan

  • Multimedia University (MMU)
  • Multimedia College (MMC)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Islam Antrabangsa (UIA)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)

Cara Memohon Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2012

Untuk memohon terlebih dahulu perlu membaca dengan teliti syarat permohonan dan cara memohon KLIK SINI

Permohonan boleh dibuat secara online melalui :

[highlight]Sistem Permohonan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia[/highlight]

Perjanjian Biasiswa

Semua pemegang biasiswa adalah terikat untuk berkhidmat dengan TM dan Anak Syarikat untuk suatu tempoh yang ditetapkan setelah tamat pengajian.

Sekiranya pelajar gagal untuk mematuhi syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan di dalam perjanjian, maka pelajar dianggap telah melanggar perjanjian berkenaan dan dikehendaki membayar kembali segala perbelanjaan dan gantirugi yang ditanggung oleh Yayasan TM selama ini.

Sebarang perlanggaran kontrak Perjanjian Yayasan TM dan/atau TM akan diteruskan dengan tindakan undang-undang terhadap Penama/Peminjam dan Penjamin-Penjamin.

Tarikh tutup permohonan : Permohonan Online Biasiswa YTM ini adalah pada 8 April 2012

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, anda dinasihatkan untuk terus ke :

Juga boleh terus berhubung kepada:

Penajaan

  • Norliana Yunos 03 – 2240 0635
  • Muhammad Nur Firdaus Bin Fuad 03 – 2240 1598
  • Ihsan Said 03 – 2240 1594
  • Ahmad Azlan Shah 03 – 2240 0293
  • Maslini Rehan 03 – 2241 5177

 Masalah Teknikal / Sistem

  • Abdul Salam Musa 03 – 2240 1273
  • Noraini Mansor 03 – 2240 1744


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

{ 1 comment… read it below or add one }

MOHAMAD ZULFAQAR BIN RAZALI March 30, 2012 at 9:09 pm

NAK BORANG

Reply

Leave a Comment

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.
*

Previous post:

Next post: