Tawaran Sambung Belajar Diploma/ Sarjana Kaunseling di UMS dan USIM 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Tawaran Sambung Belajar Diploma/ Sarjana Kaunseling di UMS dan USIM 2012 1
Belajar

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia memperlawa tawaran sambung belajar bagi kursus Diploma atau Kursus Sarjana kaunseling ( penyalahgunaan dadah ) untuk sesi 2012 dimana dilaksanakan di UMS dan USIM.

Kursus yang disertai adalah dibawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia JPA dan dibuka kepada Pegawai kerajaan kumpulan sokongan dan profesional dan kumpulan pelaksana. Tempoh pengajian pula adalah 12 bulan sehingga 18 bulan.

Syarat –syarat permohonan diploma/ sarjana kaunseling ( penyalahgunaan dadah )

  1. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2012;
  2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  3. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2009, 2010 & 2011). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;
  4. Mempunyai Ijazah Pertama dalam bidang Kaunseling/ Bimbingan dan Kaunseling yang diiktiraf atau Ijazah Pertama dalam mana-mana bidang yang sesuai dan mempunyai pengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan kursus;
  5. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  6. Telah mengisytiharkan harta; dan
  7. Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA.
Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

Cara Memohon

  1. Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan (Borang JPA (L) LDP 1B/96[Pin. 2012 – SPADA])
  2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:
  3. Salinan Ijazah Pertama lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah/PNGK atau kelulusan yang setaraf dengannya dan Salinan Senarai Tugas.
  4. Semua salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh pegawai Kerajaan yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf atau lebih tinggi.
  5. Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.
  6. Pemilihan calon dan tempat pengajian juga tertakluk kepada kelulusan senat universitiMaklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di www.usim.edu.my dan www.ums.edu.my.
Info Tambahan :  6 Kemahiran Hidup Powerful di Kampus Universiti

Dokumen Penting serta rujukan

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tatacara permohonan, bolehlah terus menghubungi :

[box]

Unit Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan

Telefon : 03-88853546

Faks : 03-88892171

Emel : [email protected]

[/box]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *