Tempoh Masa Belajar STPM, Ijazah, Master

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
IPTA
IPTA

Untuk kali ini kami menjawab kepada persoalan pelawat menerusi ruangan komen berkaitan tempoh masa belajar STPM, Ijazah, Master pengajian di Malaysia. Sebenarnya ramai orang yang sedia maklum tempoh pengajian untuk setiap pengajian tersebut, namun demikian ada juga ayang masih belum cukup maklumat kemungkinan ada sedikit kekeliruan atau kurang informasi. Selain itu, setiap tahun ada sahaja pelajar baru yang akan melalui proses pengajian dalam sistem pendidikan Negara.

Bagi yang masih belum mengetahui apa itu Ijazah sarjana muda, sarjana dan PHD boleh ikuti penerangan kami sebelum ini. ( maklumat Lanjut )

Tempoh Masa Belajar STPM, Ijazah, Master

Sebenarnya tempoh pengajian ada mempunyai perbezaan mengikut kursus yang diambil. Untuk ditulis tempoh pengajian sebenar memanglah tidak tepat kerana kadangkala ada pengajian yang memakan masa lama mengikut jam kredit subjek yang diambil. Semakin banyak Jam kredik subjek yang diambil maka semakin lama pengajian tersebut.

Info Tambahan :  6 Langkah Mudah Semak Lebihan Bayaran PTPTN
Tempoh Masa Belajar
Tempoh Masa Belajar

Untuk tidak mengecewakan pertanyaan yang diajukan, kami boleh memberikan gambaran tempoh pengajian yang terpopular iaitu yang kebiasaanya dalam pengajian di Malaysia ini.

  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ) / Setaraf – 2 Tahun
  • Ijazah Sarjana Muda – 4 Tahun
  • Ijazah Sarjana / Master – 2 Tahun
  • Doktor Falsafah PHD – 4 Tahun

Jumlah keseluruhan = 12 Tahun

Perlu diingatkan, gambaran diatas adalah bagi tempoh pengajian kebiasaanya/ majoriti  di Malaysia. Tempoh pengajian akan berkurang atau bertambah mengikut faktor-faktor dibawah :

  • Dasar kementerian tidak berubah sebagai contoh STPM/ setaraf.
  • Tertakhluk pada keputusan pihak Universiti
  • Tidak ada lanjutan pengajian atau ketinggalan pengajian semester
  • Bidang kritikal seperti Ijazah Sarjana Muda perubatan memakan masa 5-6 tahun.
  • Tidak termasuk tempoh praktikal
  • Tidak termasuk anugerah lonjakan pengajian
  • Pengajian Sarjana/master kebiasannya 1 ½ Tahun
  • Kebanyakan pelajar PHD lebih memerlukan masa lebih 4 tahun menghabiskan pengajian
  • Bagi lepasan SPM, Pengajian Ijazah Perguruan memakan masa 5 tahun kerana ia termasuk persediaan 1 Tahun.
  • Bagi lepasan SPM, perlu menghabiskan 1 ½ tahun untuk matrikulasi/ asasi
  • Bagi lepasan SPM, yang melalui diploma sebelum masuk ke Ijazah kini kebiasannya melalui tempoh 2 tahun diploma.
  • Kebiasannya pengajian luar Negara memerlukan tambahan 6 bulan – 1 tahun untuk kursus persediaan pengajian seperti bahasa.
  • Faktor-faktor lain berkaitan.
Info Tambahan :  Applicant Tracking System: Pengalaman dengan ATS Tahun 2023

Bercakap tentang tempoh pengajian sudah tentu ia berkaitan dengan kos pengajian, secara majoritinya semakin lama pengajian maka semakin meningkat kos pengajian. Hal ini kerana kos-kos penginapan, makanan, yuran pengajian dan banyak lagi akan meningkat. Perancangan yang rapi perlu untuk seorang pelajar untuk meneruskan pengajian dengan kerap bertanya kepda kaunselor kerjaya atau mereka yang telah menghabiskan pengajian.

14 thoughts on “Tempoh Masa Belajar STPM, Ijazah, Master

  1. Aslam sy nk tnye tuan ,sy lepasan diploma teknologi kimpalan ,diploma setahun klau sambung ijazah berapa tahun

    1. Kebiasannya dari diploma, ISM 3-4 tahun bgtantung pd kursus..jika dari universiti sama diploma..ada penguruangan 1 tahun..tapi sebaiknya tanya pihak universiti semasa utk update terkini..sbb lain universiti..ada berbeza sedikit.

  2. Kalau Diploma syariah sambung degree berapakah tempoh pengajiannya Ustaz mohon
    Penjelasan daripada ustaz silakan ustaz

  3. Sekiranya saya ingin melanjutkan pelajaran sehingga master, apakah procedure yang saya perlu ikut untuk menjadi seorang lecturer setelah tamat pengajian? Selain itu, berapakah kos pengajian master di universiti awam?

    1. Skrg aida amabil ijazah ke? Jika skrg ijazah sarjana muda.. aida perlu ambil ijazah sarjana( Master ) kebiasannya tempat belajar skrg ada tawaran..boleh rujuk unit pengambilan institusi skrg..mohon bila ia dibuka..selepas habis master boleh selalu lihat iklan kekosongan universiti/institusi utk mohon jd lecture.. cuma kbnyakan kelayakan utk lacture sebaiknya ada PHD..sbb bukan mudah utk bersaing dgn pasaran master skrg pun dan ramai.

  4. Salam…betul ke sekiranya pelajar melalui jalan Diploma, tempoh pelajaran utk Ijazah Sarjana Muda akan lebih pendek berbanding melalui jalan lain??….contoh, Asasi 1 tahun setengah, then Sarjana Muda 4 tahun….dan kalau Diploma 3 tahun, them Sarjana Muda akan menjadi 3 tahun sahaja???….adakah begitu??

  5. Salam….,
    Tempoh belajar tu tidaklah terlalu lama jika pelajar terus-menerus menyambung pelajarannya. Kecuali mereka yang dah berumur itu yang mungkin menghadapi masalah sebab bebanan dan komitmen keluarga. Jika ada biasiswa ditawarkan oleh kerajaan atau pihak swasta, mungkin tiada masalah bagi mereka yang telah ada keluarga untuk terus belajar sampir ke peringkat Phd. Terima kash.

  6. saya nak tanya,kalau saya teruskan pengajian saya ke level phd,wajib ke kena ambik stpm?harap encik dapat balas

    1. Tidak wajib utk ambil STPM, tetapi ia perlu melalui kursus pengajian setaraf dengannya. Pengajian setaraf dengannya ada banyak pilihan, antaranya Matrikulasi,asasi, Pra Universiti, Diploma, persediaan dan beberapa lagi. Selepas itu baru melayakkan untuk mengambil ijazah sarjana muda, dan dengan itu baru layak ke sarjana dan seterusna PHD.

      1. Tuan,saya ambik diploma dlm elektrical 3 tahun and then kalau saya sambung degree elektrical adakah tempoh pengajian akn berkurangan atau sama?

        1. Bergantung pada institusi, kebiasaanya ada pengajian yg menetapkan tempoh yg pendek. Apa-apa pun mohon kursus pengajian yg sesuai dengan kelayakan. Satu lagi, kebanyakan diploma sekarang hanya 2 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *