Tentang saya

Macam budak baik jer..haha

Salam pekenalan semua … Terima kasih sebab kunjung kat web/blog saya ni .. mungkin anda tertanya-tanya siapakah pengurus web/blog xpresi.org ni… rasanya dah terjawab kot  Saya tak keseorangan kat sini.. ada beberapa lagi staff untuk xpresi ni semuanya setia memastikan xpresi terus online dengan baik… Sekalung penghargaan pada staff2 xpresi tu..juga pada anda pembaca semua..kerana tanpa anda siapa saya n siapa xpresi ni… Saya ni biasa kawan2 panggil fizie..kat sini pakai username fiziesss, Umur? muda lagi, sihat sentiasa.. Alhamdulillah.. asal? saya orang Kelantan … Sekarang bertugas sebagai Kaunselor . . Saya juga adalah kaunselor yang berlesen dan berdaftar ( KB04945 )..Kelayakan? aik..mcm temuduga la plak..sy ada Bimbingan dan Kaunseling..saya ambil dari UPSI…Trima kasih pada UPSI kerana melahirkan orang macam saya ni..ops..bukan UPSI sahaja..semua guru2 saya..ada la kalau kira dekat 186 orang semuanya cikgu2 yang ajar sy termasuk pensyarah2..terima kasih banyak2..Saya ingat sampai bila2..InsyaAllah…dari saya sekolah tadika di Kemas Johor dulu, SK Perumahan Tampoi 1( skrg dah tukar nama skolah ), SMK Perumahan Tampoi 1, Sekolah Agama Taman Cempaka..Di kelantan plak SMK Rantau panjang, SMK Bukit Jawa ( Pasir Puteh ), SMK Hamzah ( Machang )..Terima kasih sekali lagi sebab memberi peluang saya menuntut ilmu disitu..

Saya adalah rakyat biasa, orang biasa yang hanya nak bersahabat dengan anda pembaca semua.. Blog ini adalah sebagai kemudahan kepada saya sebagai kaunselor untuk menyebar, mengingatkan dan mendidik mereka yang memerlukan, Selain itu saya juga ingin belajar dan menambah lagi ilmu yang ada,  melalui nasihat, maklumat, perbincangan antara pakar-pakar lain atau mereka yang berkepentingan dalam bidang masing-masing dalam menambahbaik blog xpresi.org ini. Tujuan saya wujudkan web/blog ni? ops…panjang cerita..boleh la baca artikel saya bertajuk Dipenghujung kehidupan…artikel itu merupakan post pertama yang dibuat saya, masa tu saya berumur 24 Tahun ( ayat situ ayat remaja lagi )

Oklah..dah panjang saya pekenalkan diri…Kalau ada sebarang pertanyaan, cadangan, perkongsian berita, bahan menarik, kritikan, cakap2 kosong ke, nak tempah iklan ker..boleh la hubungi saya melalui borang dengan klik ( Hubungi Saya ) .