Tentang saya

Tentang saya 1
Macam budak baik jer..haha

Salam pekenalan semua … Terima kasih sebab kunjung kat web/blog saya ni .. mungkin anda tertanya-tanya siapakah pengurus web/blog xpresi.org ni… rasanya dah terjawab kot  Saya tak keseorangan kat sini.. ada beberapa lagi staff untuk xpresi ni semuanya setia memastikan xpresi terus online dengan baik… Sekalung penghargaan pada staff2 xpresi tu..juga pada anda pembaca semua..kerana tanpa anda siapa saya n siapa xpresi ni… Saya ni biasa kawan2 panggil fizie..kat sini pakai username fiziesss, Umur? muda lagi, sihat sentiasa.. Alhamdulillah.. asal? saya orang Kelantan … Sekarang bertugas sebagai Kaunselor . . Saya juga adalah kaunselor yang berlesen dan berdaftar ( KB04945 )..Kelayakan? aik..mcm temuduga la plak..sy ada Bimbingan dan Kaunseling..saya ambil dari UPSI…Trima kasih pada UPSI kerana melahirkan orang macam saya ni..ops..bukan UPSI sahaja..semua guru2 saya..ada la kalau kira dekat 186 orang semuanya cikgu2 yang ajar sy termasuk pensyarah2..terima kasih banyak2..Saya ingat sampai bila2..InsyaAllah…dari saya sekolah tadika di Kemas Johor dulu, SK Perumahan Tampoi 1( skrg dah tukar nama skolah ), SMK Perumahan Tampoi 1, Sekolah Agama Taman Cempaka..Di kelantan plak SMK Rantau panjang, SMK Bukit Jawa ( Pasir Puteh ), SMK Hamzah ( Machang )..Terima kasih sekali lagi sebab memberi peluang saya menuntut ilmu disitu..

Saya adalah rakyat biasa, orang biasa yang hanya nak bersahabat dengan anda pembaca semua.. Blog ini adalah sebagai kemudahan kepada saya sebagai kaunselor untuk menyebar, mengingatkan dan mendidik mereka yang memerlukan, Selain itu saya juga ingin belajar dan menambah lagi ilmu yang ada,  melalui nasihat, maklumat, perbincangan antara pakar-pakar lain atau mereka yang berkepentingan dalam bidang masing-masing dalam menambahbaik blog xpresi.org ini. Tujuan saya wujudkan web/blog ni? ops…panjang cerita..boleh la baca artikel saya bertajuk Dipenghujung kehidupan…artikel itu merupakan post pertama yang dibuat saya, masa tu saya berumur 24 Tahun ( ayat situ ayat remaja lagi )

Oklah..dah panjang saya pekenalkan diri…Kalau ada sebarang pertanyaan, cadangan, perkongsian berita, bahan menarik, kritikan, cakap2 kosong ke, nak tempah iklan ker..boleh la hubungi saya melalui borang dengan klik ( Hubungi Saya ) .

36 thoughts on “Tentang saya

  1. Assalamualaikum En Fizzie dan rakan xpresi. Nak minta pendapat dan cadangan. Anak saya sekarang ting 6 aliran sains. Memandangkan result SPM kimia E, Bio C MT D macam tak layak ambil aliran sains. Tapi anak saya punya cita-cita yang kuat untuk ambil bidang sains di U. Cikgu2 pun da risau takut tak boleh bawa. Minta pandangan tuan. Terima kasih tuan.

    1. Waalaikumussalam, kalau ikut keputusan mmg sukar.. kemungkinan anak tuan kurang maklumat tentang masa depan aliran kemanusiaan/ lain. Mohon jumpa kaunselor sekolahnya supaya dapat lebih pendedahan masa depan yang lebih menarik dengan aliran selain sains. Selain itu, anak tuan juga perlu lalui ujian personaliti dan minat kerjaya. Beberapa sesi dengan kaunselor mungkin mampu merasionalkannya..serta membantu ia buat keputusan yang terbaik.

  2. assalamualaikum ustaz, saya bakal m’ambil spm tahun ni. saya masih bingung untuk memilih laluan selepas spm. saya tidak tahu apa yg saya minat. saya pelajar kejuruteraan awam. tapi saya tidak berapa minat dengan subjek itu sebab dipaksa oleh ibu saya. apa ka yang perlu saya buat?

    1. Waalaikumussalam, memandangkan shai dah nak SPM, teruskan berjuang dengan yang ada sekarang. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Minat boleh dipupuk, tidak ada guna berundur. Pastikan ada sesuatu yang shai dapat hasil dari pengorbanan sehingg ahari ini.

    1. Waalaikumussalam.. diplma pentadbiran awam seperti kerja2 sebagai penolong pegawai di institusi awam dan swasta mencakupi bidang pentadbiran dan sedikit kewangan.. seperti sebagai penolong pegawai perancangan bandar.penolong sumber manusia dan banyak lagi

  3. salam…saya nak tanya sesuatu boleh.? saya penuntut master, berminat nak buat PHD tapi saya tak tahu macamana nak cari biasiswa melaikan mybrain kpt…sebb saya adalah kakitangan kerajaan.tidak dibenarkan membuat mybrain. tolong bagi idea buntu.

    1. Salam..jika dari master nak ke PHD kami tidak dapat bantu kerana kekurangan pengetahuan..nanti kami akan panjangkan pada fiziesss..tq

  4. assalamualaikum abe G…saya nak tanya la….kalo lepasan spm ble mohon msuk UNIVERSITI MALAYSIA SABAH tak?sya dgar UMS untuk lepasan matrikulasi dan tingkatan 6 shaja….betul ka?bantu saya abe G 🙂

    1. Waalaikumussalam..mmm..ums mungkin tidak ada diploma…cuba rujuk panduan kursus yg ditawarkan di upu..kebanyakan di ums ada kursus asasi n ijazah

  5. salam , nk tnya .. UPU ada menawarkan sarjana muda sains (senibina) di UiTM .. tapi bagi lepasan SPM (2011) .. betul ke itu Ijazah ?

    1. Salam.. ish.. betul ke gitu? kalau sarjana muda tu bermaksud ijazah.. kalau lepasan SPM tidak boleh terus ke ijazah..kecuali kursus yang diberitahu diatas tu tempoh belajarnya lebih dari 5 tahun.. kebanyakannya ada yang membuat asasi dalm kursusnya..

      1. kursus tu selama 4 tahun .. tapi memang betul ia ada ditawarkan bagi lepasan SPM . cuba tengok kt upu.mohe.gov.my .syarat bagi kemasukan ke ipta (UiTM) .harap maklum

  6. Tak sangka di kudat ini terdapat Guru yang berupaya menghasilkan blog yang menarik ini. Buat BLOG tak susah. tetapi saya kagum dengan pelawatnya dan iklan yang banyak. ini menunjukkan pencapaian sesuatu blog. Rasa-rasa boleh dapat ANUGERAH GURU ICT 2011 peringkat daerah.

    1. Wah tuan, terlalu memuji ni..dah agak lama sy dengan xpresi ni, inilah tempat sy memudahkan segala urusan amalan2 kaunseling dan bimbingan..Satu anugerah dan kepuasan bila dapat mendidik dan memberikan ilmu pada ramai orang sekaligus. Tq sbb melawat xpresi 🙂

Leave a Reply to Idzham Lee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *