Terima Kasih Kawan …

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tajuk pun dah cukup bermakna, yang pasti tajuk itu juga melambangkan penghargaan. Untuk sagmen diari abe G malam  ni, Abe G nak ucapkan sekalung penghargaan kepada individu bernama Maz Shah kerana menghargai xpresi.org ini.

Penghargaan dizahirkan beliau dengan secara terbuka membuat cadangan dan mengajak hadirin Majlis Guru Kaunseling Kudat untuk melawati xpresi.org dalam Kursus Pengurusan PRS daerah Kudat yang dilaksanakan dengan jayanya.

Sokongan yang diberi sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada Abe G untuk terus menyediakan berita dan informasi baru kepada pelawat serta terus menghidupkan lagi xpresi ini.

Mengurus xpresi bukanlah senang, ini ditambah lagi status xpresi sekarang menerima pelawat ada kalanya 1000 orang sehari dan ada kalanya mencecah 4000 orang sehari. Setiap huruf yang ditaip sebenarnya mendidik dan membimbing kira2 lebih 50 ribu orang sebulan..

Sudah tentu ia mempunyai amanah besar supaya setiap pengunjung mendapat kepuasan apabila melawat di xpresi ini. Mengurus xpresi ini memerlukan setiap hari menulis dan juga setiap jam memantau, Seronok…Walaupun meletihkan, tetapi ia sebenarnya memberi kepuasan apabila dapat menyampaikan berita gembira kepada orang lain.

Bagaimana dapat info? Terima kasih kepada rakan-rakan informer yang membantu saya memberikan maklumat melalui link khas yang saya sediakan. Saya juga mendapat berita dari rakan bloger lain serta setiap masa melawati laman-laman web rasmi untuk mendapatkan sumber yang lebih pantas.

Tetapi saya hanya manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan, oleh itu pengunjung janganlah terlalu bergantung harap kepada informasi yang saya sediakan, ada kalanya saya akan terlewat dan ada juga saya tersilap.. Oleh itu, cubalah juga melayari website lain untuk lebih selamat dan tidak ketinggalan.

Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *