Terima Kasih Sahabat Kerana Ucap Hari Lahir

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Terima Kasih Sahabat Kerana Ucap Hari Lahir 1
Selamat Hari Lahir

Setelah seharian menguruskan banyak urusan akhirnya malam ni lah ada sedikit kesempatan untuk buka xpresi ni, Semalam baru sahaja xpresi.org 100% pulih, datang pulak masalah laptop yang error window, terpaksalah baiki laptop pula. Setelah selesai tadi, barulah ada kesempatan nak online xpresi ni.

Untuk malam ni penulisan ditujukan khas kepada rakan/sahabat yang betul-betul membuatkan diri ni rasa tidak kesunyian dengan adanya sokongan dari rakan2 yang ucapkan hari lahir pada saya. Walaupun ianya sekadar di facebook, tetapi hakikat bukan senang untuk memberi ucapan walaupun ianya hanya membuat beberapa klik dan menaip. Sebenarnya setiap kedatangan ke profail dan memberi ucapan serta doa kepada rakan lain memerlukan keikhlasan yang telah rakan-rakan tunjukkan. Keikhlasan itulah membuatkan saya terharu.

Sebenarnya dalam hidup saya belum pernah terjadi kemeriahan seperti hari kelahiran kali ini, Kenapa saya katakan demikian, kerana saya bukan sahaja mendapat ucapan dari rakan dalam alam maya, malahan juga banyak mendapat ucapan dari rakan diluar alam maya. Menjelang kedatangan hari lahir juga mendatangkan rezeki yang tiba-tiba serta bersilih ganti, selain itu saya juga mendapat hadiah istimewa dari beberapa individu untuk ulang tahun kali ini. Tetapi yang paling saya gembira apabila rakan-rakan juga mendoakan kesejahteraan, rezeki yang murah serta umur yang panjang.

Sebenarnya saya tidak pernah menyambut hari lahir, jika hari lahir saya biasanya saya sendiri akan memasak masakan istimewa lain dari hari2 biasa untuk ibu saya serta adik beradik. Bagi saya, apa salahnya pada ulang tahun kelahiran, kita menunjukkan penghargaan kepada kedua ibu bapa kita, terutama ibu kita yang hakikatnya pada tarikh tersebut adalah ulang tahun peristiwa kesakitan melahirkan kita.

Memasak masakan istimewa kepada ibu kita sebagai penghargaan kepada kedua ibu bapa kita, yang hakikatnya pada tarikh tersebut adalah ulang tahun peristiwa kesakitan melahirkan kita.

Untuk rakan-rakan, saya rasa saya telah balas kesemua ucapan yang sahabat buat. Semuanya saya sampaikan ucapan terima kasih, Bagi ramai lagi rakan yang tidak berkesempatan ucapkan, mungkin mereka sibuk seperti saya kadangkala juga tidak mengucapkan hari lahir kepada rakan lain, saya amat memahami kesibukan dan niat hati kawan-kawan semua. Yang pastinya saya pandang ianya sebagai satu yang positif dan membina. Kepada semua rakan saya, sempena hari lahir saya, saya ucapkan semoga kawan-kawan dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan. Amin.

Inilah beberapa rakan online yang telah mengucapkan selamat hari lahir kepada saya , Siti Abdul RhamanNik Noratierah Muhamed AminMohd Hazman JErra Tiffany AngkiAness EccaAhmad Syafawi Ab AzizVannessa MasangkauNor Amiyaa HayatiAhmad SyafiqQue Zai RieAresterina JupilinTony FelixHaimiAmber Kiy EclairJue Juraidah DE-pik MaspilAdam AdzeemZie NadzirahFatihah Che HussainZoNa CallexNik MuhaimiSyah ApiumZabreena ZabirNoorazwani MohamedAyu KamalShah DanialPinie RinieKhairus ShakirinTika ThiqsTuan IjanEchah MaalNura RadFaizah KayFenyzhelyn MagamiRai IdzMaz ShahDonna Lisa DavidKu HyesunNor AsmiraREmmeline MBagahAzwan AbdullahMary GohNextbert RubertSbhanim Al-AttasLadys Diamond BayAudrey ChanAmmudasir HashimAqmar MustaphaFrainissia RazlanLilian Jeffnih JeffrinOtohh AggahT-rex ZartonCerita MamatAliey Fadley AriesFizy GreAtsNor Aslah IsmailOnien OzzouFei Felisca Rubert dan banyak lagi…

Oklah itu sahaja untuk malam ni, yang pastinya saya tunaikan janji saya untuk terbitkan satu artikel khas sebagai penghargaan pada yang mengucapkan selamat dan doa mereka. Kenangan ini hanya datang setahun sekali, panjang umur pasti akan berjumpa lagi untuk ulang tahun akan datang.

Terima Kasih.

2 thoughts on “Terima Kasih Sahabat Kerana Ucap Hari Lahir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *