Tinggalkan Kedudukan Sejuta Di Dunia

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Artikel ini telah diterbitkan sebelum ini, tetapi diterbitkan semula kerana masalah teknikal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, mungkin ada yang tertarik bila membaca tajuk ini. Tetapi untuk kali ini, penulisan saya lebih peribadi tentang pekembangan web/blog xpresi ini. Saya memilih untuk terbitkan di cetusan sahabat ini kerana mempunyai mesej dan nilai tersendiri untuk kita renungkan.

Untuk pengetahuan saudara dan saudari, hari saya menulis cetusan ini kedudukan xpresi.org didunia ialah kira-kira 700 ribu didunia dan tempat ke 2200 di malaysia. Satu juta? bukan beerti duit sebanyak satu juta, yang saya maksudkan ialah tentang kedudukan xpresi didunia. Mungkin bagi mereka yang mempunyai web/blog yang telah lama dan hebat merasakan apalah sangat dengan apa yang xpresi capai ini. Tetapi bagi saya insan yang berusaha dengan xpresi ini amat bersyukur dengan pencapaian yang telah xpresi capai pada hari ini kerana semasa mula penubuhan xpresi dahulu, kedudukannya didunia ialah hanya 28 juta dan ketika itu saya terus berusaha dan berusaha.

Kerap kali juga saya rasa kecewa dan keletihan mengadap dan memerah otak serta membuat kajian kecil untuk menyediakan informasi positif ataupun memperbaiki segala fungsi-fungsi dalam xpresi ini. Ditambah lagi saya bukanlah orang yang pakar IT ataupun mempunyai iktisas IT. Walaupun demikian, saya tetap berazam demi niat yang suci saya teruskan juga bertahan sehingga hari ini dan mungkin selagi diizinkan Allah yang maha Esa. Ketika saya hampir putus asa saya katakan pada diri ” suatu hari nanti akan aku tuliskan sebuah artikel SELAMAT TINGGAL SATU JUTA ” saya berazam untuk meningkatkan kedudukan xpresi dan apabila xpresi meninggalkan kedudukan satu juta dan saya akan tuliskan perkongsian ini.

Hari ini sasaran meninggalkan satu juta telah tercapai, Mesej yang ingin saya sampaikan pada anda pembaca semua ialah bukan senang untuk senang. Percayalah wahai kawanku, didalam dunia ini tiada perkara yang mudah kita kecapi jika tidak dibasahi dengan usaha yang bertubi-tubi. Mungkin ada yang nampak senang, tetapi hakikat sebenar amat sukar dan menyakitkan. Mungkin anda ditawarkan sesuatu yang indah dan senang, tetapi berpeganglah pada kenyataan bahawa didunia ini takkan ada yang senang dan mudah ia tetap memerlukan usaha yang tidak terkira banyaknya. Jika ada yang mengatakan ” ada ” bermakna dia sedang menipu dirinya sendiri serta orang lain.

Sebenarnya berdirinya xpresi dengan pencapaian sekarang ialah kehendak dan ketentuan Allah yang maha kuasa ia juga dibantu oleh ibu, isteri, adik beradik serta semua moderator serta ahli yang berdaftar. Sekalung penghargaan kepada ahli xpresi yang mendaftar terutama yang berdaftar pada hari mula-mula xpresi didaftarkan sehingga pada hari saya menulis cetusan ini kerana memberikan kepercayaan kepada saya sebagai pengurus web/blog xpresi ini. Sebenarnya hasil dari idea, komen dan galakan merekalah saya jadi lebih semangat untuk meneruskan usaha meningkatkan kedudukan xpresi didunia dan di malaysia.

Akhir sekali bukan senang untuk capai seperti hari ini, kesukarannya membuatkan saya tidak mahu merenung kembali bagaimana kesusahan belajar, membuat, mengkaji, membaca, menulis dan termasuk kosnya juga yang agak memeritkan. Tetapi semua itu terubat bila melihat www.xpresi.org ini berdiri dengan stabil menyediakan informasi positif kepada setiap pembacanya. Terima kasih saya ucapkan kepada anda, kerana terus membaca dan menyokong kami. Alhamdulillah….

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *