Tips Berhenti Kerja ke Tempat Lama

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Memilih Kerja
Merancang pekerjaan

Bila bertukar tempat kerja, menjadi satu masalah pula apabila kerap teringatkan ke tempat kerja lama. Fikiran mula teringat pada bos, pada rakan sekerja, teringat pada tempat kerja yang lebih nyaman dan macam-macam lagi. Adat bila bertukar tempat kerja. Memerlukan tempoh yang panjang untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana baru. Namun, ada juga segelintir antara anda yang tidak dapat menyesuaikan diri secara terus menerus. Perasaan untuk kembali bekerja di pejabat lama semakin membuak buak.

Hendak kembali tapi perasaan malu menebal. Dek kerana telah berhenti kerja. Persoalan demi persoalan bermain di benak fikiran. Jangan bimbang dengan soalan-soalan yang hadir di fikiran anda. Senaraikan satu persatu kebaikan dan keburukan apabila anda tekad untuk kembali masuk ke tempat kerja lama.

Info Tambahan :  Kerja Remote di LinkedIn: 8 Langkah Untuk Success

Bagaimana caranya untuk anda memohon untuk kembali diterima ditempat bekerja lama anda. Saya kongsikan beberapa tips ini. Antaranya :

1. Berhenti kerja dengan penuh adab

Berikan notis berhenti kerja dengan penuh adab. Beritahu sebab anda berhentu kerja dan terangkan secara profesional kepada majikan anda agar mereka tidak berprejudis terhadap anda yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Jangan pula anda melontarkan kata-kata yang tidak baik kepada majikan anda. Berhenti kerja dalam bermaruah dan penuh adab sepertimana anda memohon kerja tersebut di awal dahulu.

2.  Kekal berhubung dengan rakan sekerja

Sebaiknya, janganlah terus hilang diri dan tidak berhubung dengan rakan sekerja. Lebih baik, jika anda masih berhubung dan menjalin hubungan sesama insan yang baik dengan rakan-rakan dan juga bos anda. Dalam pada masa yang sama ia turut mengeratkan hubungan kelak.

Info Tambahan :  Tingkatan Enam 2023: Permohonan Kemasukan dan Semakan Tawaran 2023

3. Sertai kumpulan Alumni syarikat

Janganlah menjauhkan diri selepas berhenti. Konon kononya anda tidak dapat mahu berhubung lagi dengan syarikat anda. Sebaiknya, turut serta dengan dengan setiap program yang dianjurkan bekas tempat bekerja anda kepada semua alumni syarikat.

4. Buat pilihan yang terbaik

Elakkan diri daripada membuat keputusan yang terburu-buru. Fikir sehabis baik sebelum membuat sebarang keputusan. Kaji semula sebab mengapa dahulu anda mengambil keputusan untuk berhenti kerja di tempat kerja lama dan berpindah ke tempat kerja baru. Apakah kelebih dan kekurangan di tempat kerja lama dan baru.

5. Minta secara professional

Minta secara baik kepada majikan untuk kembali menbur khidmat anda di tempat kerja lama. Pasti majikan anda akan terima jika rekod kerja anda sangat baik.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *